Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Punyai Aset Mencukupi Untuk Pantau Beting Patinggi Ali

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian di sekitar Beting Patinggi Ali yang terletak di perairan Sarawak.

0 2,623

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian di sekitar Beting Patinggi Ali yang terletak di perairan Sarawak.

Dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah berkenaan diambil adalah untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China dan penting untuk negara meletakkan aset ketenteraan di kawasan pertindihan itu bagi mengelakkan ia dianggap dimiliki negara lain.

“Kita mengawasi keadaan di sana (Beting Patinggi Ali), TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan TDM (Tentera Darat Malaysia) bersedia dan kita juga ada meletakkan aset di kawasan berkenaan.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali dan kedudukannya di perairan Sarawak.

 

“Kita meletakkan aset kita untuk mengelakkan tidak menjadi doctrine of estopple (menghalang individu daripada menuntut sesuatu) iaitu apabila anda meletakkan aset di sana (perairan) itu menjadi milik anda,” katanya selepas meninjau projek pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah di Sungai Besi di sini hari ini.

Mohamad berkata Malaysia tidak menganggap kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan berkenaan sebagai pencerobohan kerana ia adalah kawasan pertindihan.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan sebuah portal berita menyatakan bahawa kapal peronda kelas – Kedah milik TLDM, KD Kelantan dilaporkan berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

APMM
Kapal APMM “shadow” sebuah kapal pengawal pantai China di Beting Patinggi Ali. (sumber internet)

 

Kapal peronda KD Kelantan (PV175) dilaporkan berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) untuk “shadow” (memantau) kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan milik Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Menurut pemilik akaun Twitter, Ray Powell @GordianKnotRay, kapal peronda TLDM itu tiba di perairan sekitar Beting Patinggi Ali semalam (pada 22 Januari 2023)  untuk memantau kapal pengawal pantai China, CCG 5303.

Menurut beliau, kapal pengawal pantai China terbabit telah berada di kawasan perairan Beting Patinggi Ali sejak 12 Januari lalu untuk mengacau kerja-kerja explorasi gas dan minyak yang sedang giat dilakukan oleh beberapa syarikat di kawasan itu.
Menerusi akaun Twitter milik beliau itu, KD Kelantan telah bertindak memantau kapal pengawal China itu selama seminggu pada akhir Disember lepas.
Beting Patinggi Ali

 

Powell merupakan penganalisis dengan Gordian Knot Center for National Security Innovation, Stanford University di Amerika Syarikat. 

KD Kelantan menurutnya lagi bukanlah asing kepada kerja tugas-tugas “shadow” kapal-kapal pengawal pantai China yang memasuki kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia untuk menguatkuasa apa yang didakwa oleh Beijing sebagai “hak-hak maritim mereka.”

Kapal pengawal pantai China,CCG 5303 yang memiliki panjang 134 meter dan lebar 14 meter juga bukanlah asing di Laut China Selatan, terutamanya di perairan sekitar Beting Patinggi Ali kerana ia kerapkali “bertugas” di kawasan EEZ Malaysia itu. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

 

Comments
Loading...