Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬”RAAD 200″, Sistem Pelancar Roket Berganda (MLRS) Dibangun Mesir

(VIDEO) Sistem pelancar roket berganda canggih itu adalah hasil kerjasama di antata National Organisation for Military Production (NOMP) dan Arab Organisation for Industrialisation (AOI), yang merupakan agensi pertahanan milik kerajaan Mesir yang mengoperasikan 18 dan 12 buah kilang pembuatan alatan pertahanan di negara Timur Tengah itu.

0 3,056

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Mesir telah mendedahkan kepada awam Sistem Pelancar Roket Berganda (Multiple Launch Rocket Systems – MLRS) buatan tempatan, “RAAD 200” pada pameran pertahanan, Egypt Defence Expo yang berlangsung di negara Timur Tengah itu baru-baru ini.

Lebih 80 peratus daripada sistem roket berganda “RAAD 200” itu dihasilkan dalam negara di Mesir kecuali kenderaan pelancarnya.

Sistem pelancar roket berganda canggih itu adalah hasil kerjasama di antata National Organisation for Military Production (NOMP) dan Arab Organisation for Industrialisation (AOI).

Kedua-duanya merupakan agensi pertahanan milik kerajaan yang mengoperasikan 18 dan 12 buah kilang pembuatan alatan pertahanan di Mesir, dengan NOMP bertanggungjawab terhadap pembuataan chassis dan kabinnya manakala AOI membekalkan sistem pelancar serta roket-roketnya.

Sistem pelancar roket berganda “RAAD 200” itu dijangka memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Mesir selepas ia menerima kontrak daripada Kementerian Pertahanan negara Arab itu.

Menurut NOMP, sistem roket berganda Mesir itu telah selesai menjalani pelbagai ujian teknikal serta diuji oleh tentera darat negara itu.

Keseluruhan sistem roket berganda itu memiliki berat 12 tan dan berkemampuan membawa bebanan seberat 4.7 tan merangkumi sistem pelancarnya dan roket-roket pelbagai kalibernya.

Pembangunan sistem roket berganda itu juga menandakan kejayaan usaha permodenan angkatan tentera Mesir, yang selama ini masih bergantung kepada sistem roket berganda BM-21 keluaran Kesatuan Soviet.

Sistem pelancar roket berganda yang menggunakan kenderaan beroda (tracked) sebagai kenderaan pelancarnya berkemampuan beroperasi pada radius operasi sejauh 400km.

Manakala kenderaan pelancar itu boleh bergerak pada kelajuan 45km sejam.

RAAD 200

 

RAAD 200

Dioperasikan oleh tiga orang krew, sistem roket berganda “RAAD 200” keluaran industri pertahanan Mesir itu berkemampuan melancarkan 30 butir roket “Grad/Sakr” High-Explosive (HE) berkaliber 122mm terhadap sasaran yang terletak 45km jauhnya.

Selain roket “Grad/Sakr” berkaliber 122mm, sistem roket berganda buatan Mesir itu juga boleh melancarkan roket-roket daripada kaliber yang lain termasuk roket “Sakr” yang dilengkapi dengan peledak Thermobarik pada jarak di antara 6km hingga 20km.

Sistem pelancar roket berganda “RAAD 200” itu boleh melancarkan 30 butir roket di dalam tempoh bawah 12 saat, membuktikan kemampuan untuk ia dikerah ke lokasi berkaitan dalam tempoh masa yang pendek. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...