Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Projek “Kanal Istanbul”, Amerika Syarikat Bakal Bergembira Manakala Russia Pula Risau

Terusan sepanjang 45km dan dianggarkan bernilai US$9 billion (RM36 bilion) untuk dibina itu akan memberikan laluan alternatif kepada Selat Bosphorus yang semakin sibuk dengan pelayaran pelbagai kapal sama ada tentera atau komersial pada ketika ini.

0 2,457

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Projek pembinaan “Kanal Istanbul” (Terusan Istanbul) merupakan satu lagi projek besar oleh Presiden Recep Tayyep Erdogan yang sedang hangat dibincangkan oleh penduduk Turki.

Isu pembinaan “Kanal Istanbul” merupakan satu isu yang hangat di negara Mediterranean itu dengan ada yang menyokong dan ada pula yang menentang.

Kanal Istanbul
Projek pembinaan “Kanal Istanbul” bernilai US$9 billion.

 

Terusan sepanjang 45km dan dianggarkan bernilai US$9 billion (RM36 billion) untuk dibina itu akan memberikan laluan alternatif kepada Selat Bosphorus yang semakin sibuk dengan pelayaran pelbagai kapal sama ada tentera atau komersial pada ketika ini.

Bagi yang menentang, projek pembinaan terusan yang akan menghubungkan Laut Hitam (Black Sea) dengan Laut Marmara (Sea of Marmara) dan seterusnya Laut Mediterranean adalah satu projek infrastruktur yang gila dan buruk daripada segi alam sekitar.

Penentang projek itu menggelar “Kanal Istanbul” sebagai “The Crazy Project.”

Antara yang paling kuat menentang projek pembinaan “Kanal Istanbul” adalah Datuk Bandar Istanbul itu sendiri,  Ekrem İmamoğlu.

Bagaimanapun bagi penyokong-penyokong projek itu pula, “Kanal Istanbul” merupakan projek infrastruktur yang akan menonjolkan lagi Turki sebagai pemain utama terutamanya di dalam bidang perdagangan dan geo-politik antarabangsa.

Presiden Erdogan berkata beliau akan meneruskan projek kerana ia adalah hak Turki untuk berbuat demikian bagi memastikan keamanan dan keselesaaan bagi penduduk negara itu.

Kanal Istanbul
Selat Bosphorus

 

Beliau berkata, tender untuk “Kanal Istanbul” akan dibuka tidak lama lagi dan pembinaannya dijangka bermula pada musim panas.

Ramai pemerhati tertunggu-tunggu sama ada Erdogan akan meneruskan niatnya untuk membina terusan buatan manusia itu kerana usaha beliau untuk membinanya telah bermula sejak kira-kira 10 tahun yang lepas.

Namun, apa yang penting adalah, Turki tidak akan “diikat” oleh mana-mana perjanjian atau konvensyen antarabangsa dalam menguruskan “Kanal Istanbul”, berbanding Selat Bosphorus yang tertakluk kepada perjanjian Montreux Convention 1936.

Erdogan telah beberapa kali menyatakan bahawa “Kanal Istanbul” akan ditadbir oleh Turki sepenuhnya tanpa perlu merujuk/terikat terhdap apa-apa perjanjian.

Walaupun Montreux Convention 1936 itu memberikan Turki hak terhadap Selat Bosphorus dan Dardanelles, tetapi penggunaannya masih tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani itu.

Negara-negara asal yang menandatangani perjanjian pada 1936 itu adalah Bulgaria, Perancis, Greek, Jepun, Romania, Yugoslavia, Turki, United Kingdom dan Kesatuan Soviet.

Montreux Convention 1936 itu memberikan hak penggunaan kepada mana-mana kapal dagang untuk menggunakan Selat Bosphorus pada waktu aman.

Ia bagaimanapun menghadkan laluan kapal-kapal perang milik negara-negara bukan littoral Laut Hitam daripada segi bilangan, jenis senjata dan berat

Kanal Istanbul
Sebuah kapal perang Russia sedang melalu Selat Bosphorus.

 

Sebagai contoh, meriam kapal perang yang paling besar yang dibenarkan melalui Selat Bosphorus di bawah Montreux Convention adalah 203mm manakala berat keseluruhan kapal yang dibenarkan adalah 15,000 tan sahaja.

Dibawah perjanjian itu, kapal-kapal perang milik negara bukan littoral Laut Hitam hanya boleh berada di perairan itu selama 21 hari.

Dibawah Montreux Conventionn 1936, ia memberikan kekangan kepada Amerika Syarikat dan NATO.

Bagaiamanpun, jika “Kanal Istanbul” dibina pula, ia dijangka merugikan Russia dan China kerana kapal-kapal perang daripada negara-negara yang bukan littoral Laut Hitam  (seperti Amerika Syarikat dan daripada NATO) akan bebas belayar ke perairan itu.

Ini mungkin bermaksud kapal-kapal perang Amerika Syarikat atau negara-negara anggota NATO bebas ke Laut Hitam tanpa dihadkan oleh Montreaux Convention 1936, sekaligus mengimbangi kekuatan laut Russia di Laut Hitam.

Itulah yang dibimbangi oleh Moscow dan China iaitu “Kanal Istanbul” akan meningkatkan lagi pengaruh Amerika Syarikat dan NATO dikalangan negara-negara littoral Laut Hitam dan “dilute” pengaruh Russia diperairan itu.

Pada ketika ini, Russia memiliki kelebihan di Laut Hitam kerana kapal-kapal perangnya tidak tertakluk kepada Montreux Convention 1936 dan bebas keluar masuk ke perairan itu sekaligus mengukuhkan pengaruh ketenteraannya.

Russia menempatkan armada tentera laut yang besar di Black Sea Fleet di Crimea.

Dari segi keuntungan ekonomi pula, Ankara dijangka boleh memperolehi sehingga US$8 bilion setahun daripada segi kutipan pelbagai bayaran daripada mereka yang menggunakan “Kanal Istanbul” itu kelak.

Turki menjangka lebih daripada 100 buah kapal dagang dan kapal-kapal tangka akan menggunakan “Kanal Istanbul” itu dalam satu hari.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...