Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Temui Tiga PVC Diubahsuai Jadi Bom Buatan Sendiri

Ketua Polis Brickfield Amihizam Shukor dalam satu kenyataan kepada media tempatan berkata anggota polis menemukan tiga paip PVC berwarna putih yang telah diubah suai menjadi bahan letupan selain alat kawalan jauh yang digunakan untuk meletupkan bom berkenaan.

0 1,159

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Polis menemui tiga paip plastik (PVC) yang diubah suai menjadi bom buatan sendiri di dalam sebuah kedai di Jalan Klang Lama selepas menerima laporan berhubung insiden letupan di premis itu awal pagi tadi.

Media-media tempatan memetik kenyataan oleh Ketua Polis Brickfield Amihizam Shukor bahawa laporan berhubung insiden itu diterima kira-kira 6 pagi melalui panggilan telefon daripada pengawal keselamatan di lokasi kejadian.

PVC
(kredit PDRM)

 

Pemeriksaan anggota polis menemukan tiga paip PVC berwarna putih yang telah diubah suai menjadi bahan letupan selain alat kawalan jauh yang digunakan untuk meletupkan bom berkenaan.

Siasatan lanjut menemukan tiga kesan cap jari di lokasi kejadian dan pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup berjaya mengesan pergerakan dua suspek lelaki di kawasan berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta hadir ke balai polis berkenaan atau menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan kepada media tempatan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields menyatakan bahawa ia sedang mengesan dua suspek berkaitan kejadian letupan disyaki bom buatan sendiri (IED) menggunakan paip PVC di sebuah kedai di Tiara Mutiara 1, Jalan Klang Lama, di sini, pagi tadi.

Supt Basri Sagoni berkata, dua suspek berkenaan dikesan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

PVC
(kredit PDRM)

 

Pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun menerima panggilan dari pengawal keselamatan memaklumkan berlaku letupan kecil di hadapan kedainya jam 6 pagi.

“Pemeriksaan dilakukan unit pemusnah bom (UPB) polis, forensik dan bomba menjumpai tiga paip PVC warna putih yang diubah suai menjadi bahan letupan.

“Pemeriksaan pada paip PVC menjumpai alat IED dengan kawalan jauh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut, polis menemui serpihan letupan di tempat kejadian dan berjaya menimbulkan tiga kesan cap jari pada serpihan berkenaan. – – DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...