Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hawk 200, Hawk 100 TUDM Mungkin Dijual Pada Uruguay – Laporan Media

Apa yang menarik adalah dakwaan oleh laman web berbahasa Sepanyol, Defensa.com yang menyatakan bahawa pesawat-pesawat BAE Hawk 200 dan BAE Hawk 100 yang ditawarkan kepada Tentera Udara Uruguay itu berkemungkinan diperolehi daripada Malaysia, Indonesia atau Oman yang baru sahaja menamatkan khidmat pesawat itu.

10,972

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat, Falcon Air dilaporkan telah menawarkan kepada Tentera Udara Uruguay perolehan enam buah pesawat pejuang ringan BAE Hawk 200  dan dua buah pesawat latihan lanjutan BAE Hawk 100.

Menurut laman web Defensa.com, kelapan-lapan pesawat pejuang itu beserta alat ganti dan komponen lain bernilai US$110 juta (RM440 juta).

Tentera Udara Uruguay ditawarkan pakej pembelian yang amat menarik pesawat-pesawat itu yang turut meliputi latihan, sejumlah alat ganti bagi memastikan pesawat itu mampu terus beroperasi untuk beberapa tahun akan datang.

Hawk
Hawk 200

 

Namun apa yang menarik adalah laman web itu mendakwa bahawa pesawat-pesawat BAE Hawk 200 dan BAE Hawk 100 yang ditawarkan kepada Tentera Udara Uruguay berkemungkinan diperolehi daripada Malaysia, Indonesia atau Oman yang baru sahaja menamatkan khidmat pesawat itu.

“Pesawat-pesawat itu (BAE Hawk 200 dan BAE Hawk 100) berkemungkinan datang daripada stok Tentera Udara Diraja Malaysia (yang akan menamatkan khidmatnya dan menggantikannya dengan KAI FA-50), Indonesia atau Oman (yang baru sahaja menamatkan khidmatnya).”

Kementerian Pertahanan telah menyatakan sebelum ini bahawa ia bercadangnya untuk menamatkan khidmat pesawat Hawk 100 dan Hawk 200 dan menggantikannya dengan pesawat-pesawat LCA (Light Combat Aircraft) yang bakal diperolehinya.

Pada Februari, Kementerian Pertahanan telah menandatagani Surat Niat dengan Korea Aeropace Industries (KAI) untuk memperolehi 18 buah pesawat FA-50 Block 20, dengan kumpulan pertama empat buah pesawat itu dijangka diterima oleh TUDM pada 2026.

Kesemua pesawat itu akan dihantar secara berperingkat.

Hawk
Hawk 100

 

Menurut laman web itu, pesawat-pesawat terbabit telah dibina pada 1990-an dan masih mempunyai jam penerbangan yang banyak dan ketika berkhidmat dengan tentera udara negara tertentu telah diselenggara dengan baik

Cadangan kepada Tentera Udara Uruguay itu turut meliputi sehingga enam buah pesawat turboprop EMB-312F untuk latihan dan misi serangan darat, yang akan mengaktifkan semula Skuadron Udara N1, yang sehingga 2016 mengoperasikan IA-58 Pucara.

Malaysia memperolehi pesawat-pesawat Hawk itu hasil Memorandum Persefahaman antara Malaysia dengan United Kingdom pada Disember, 1990 untuk 10 buah pesawat Hawk 100 dan lapan buah Hawk 200.

Negara mula memperolehi pesawat-pesawat Hawk itu secara berperingkat bermula pada tahun 1994.

Menurut laman web itu lagi, perkara paling menarik mengenai tawaran kepada Uruguay itu adalah pesawat BAE Hawk 200,yang memberikan tentera udara negara Amerika Latin itu kemampuan udara-ke-udara semua keadaan cuaca berikutan radar APG-66 yang dilengkapkan padanya.

Pada 5 Mac 2013, TUDM menggunakan lima buah pesawat Hawk untuk melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments
Loading...