Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Petronas Antara 10 Syarikat Miliki Pegangan Tunai Tertinggi Di Asia

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) adalah antara 10 syarikat memiliki pegangan tunai tinggi di rantau ini berjumlah AS$532 bilion(RM2.4 trillion) atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan baki tunai di Asia pada akhir 2022.

0 1,647

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) adalah antara 10 syarikat memiliki pegangan tunai tinggi di rantau ini berjumlah AS$532 bilion (RM2.4 trillion) atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan baki tunai di Asia pada akhir 2022.

Petronas telah diberi penarafan A2 dengan prospek stabil, menurut Moody’s Investors Service.

Selain Petronas, sembilan syarikat lain terdiri daripada tujuh dari China dan masing-masing satu dari Korea Selatan dan Taiwan.

Petronas

“Tiga syarikat minyak utama China iaitu China Petrochemical Corporation (Sinopec Group, A1 stabil), China National Petroleum Corporation (CNPC, A1 stabil) dan China National Offshore Oil Corporation (CNOOC, A1 stabil) serta Petronas (A2 stabil) adalah satu-satunya empat syarikat berasaskan minyak dan gas (O&G) dalam 10 yang memiliki pegangan tunai tertinggi.

“Kesemua syarikat berkenaan memegang 86 peratus baki tunai sektor O&G pada akhir 2022. Syarikat-syarikat ini mengekalkan baki tunai yang tinggi melalui kitaran harga O&G yang mencerminkan kecairan kukuh dan dasar kewangan berhemat mereka,” kata Moody’s dalam satu kenyataan.

Syarikat penarafan kredit antarabangsa itu berkata baki tunai yang tinggi menyediakan penampan terhadap kitaran industri dan membolehkan syarikat bertindak pantas terhadap peluang pengambilalihan yang berpotensi.

Moody’s berkata teknologi, media dan telekomunikasi (TMT), O&G dan sektor hartanah mendominasi pegangan tunai di rantau ini.

“Syarikat TMT memegang satu perempat daripada pegangan tunai itu dibantu oleh penjanaan aliran tunai yang kukuh. Syarikat O&G menduduki tempat kedua dalam pegangan tunai, disokong oleh kenaikan harga tenaga. Sektor hartanah menduduki tempat ketiga walaupun pegangan tunai menguncup pada 2022.”

Secara keseluruhannya, Moody’s berkata pegangan tunai syarikat bukan kewangan yang dinilai di Asia (tidak termasuk Jepun) akan kekal stabil pada kira-kira AS$1.3 trilion dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang kerana syarikat gred pelaburan yang merangkumi kebanyakan pegangan tunai mengekalkan kedudukan tunai mereka.

Laporan Moody’s mengkaji pegangan tunai 214 syarikat bukan kewangan di Asia (tidak termasuk Jepun) pada 30 Jun 2023.

Ia berkata tunai terus memainkan peranan penting dalam menyokong kecairan syarikat dan penting untuk keperluan operasi, kesolvenan korporat dan keupayaan untuk membayar liabiliti jangka pendek apabila tiba masanya.

Selain itu, wang tunai yang mencukupi membolehkan syarikat merebut peluang pelaburan dan bertindak sebagai penampan terhadap perbelanjaan yang tidak dijangka atau kemerosotan dalam perniagaan.

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...