Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Petronas Menang Blok Ketapang Utara Di Pesisir Jawa Timur

Petronas akan beroperasi dan memegang 100 peratus ekuiti di blok seluas 3,131.8 kilometer persegi dengan kedalaman sehingga 100 meter di bawah paras laut.

0 2,555

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC Ketapang II Ltd berjaya memperoleh kontrak bagi blok Ketapang Utara yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Jawa Timur ketika pusingan kedua Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021.

Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia hari ini.

Susulan daripada kejayaan bidaan tersebut,  kumpulan itu akan beroperasi dan memegang 100 peratus ekuiti di blok seluas 3,131.8 kilometer persegi dengan kedalaman sehingga 100 meter di bawah paras laut.

Petronas

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli berkata Petronas dengan sokongan kerajaan Indonesia akan terus mengukuhkan aktiviti huluannya dengan memberi nilai lebih besar, ia menyumbang kepada pembangunan industri tenaga Indonesia.

“Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, Petronas komited untuk menghasilkan bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai kepada Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petronas

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Petronas juga merupakan pengendali bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk Ketapang dan PSC Madura II di luar pesisir Jawa Timur dan merupakan rakan usaha sama dalam enam PSC yang terletak di dalam dan luar pesisir Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur serta Indonesia Timur. — DSA

Comments
Loading...