PETRONAS Temui Gas Di Sarawak. Nantikan “Kunjungan” Kapal China
Adakah penemuan lebih banyak gas di kawasan perairan di Sarawak itu mengundang kunjungan lebih banyak kapal-kapal pengawal China? Sebab itulah, Panglima Angkatan Tentera menyeru supaya peruntukan pertahanan ditambah, supaya kita dapat meletakkan lebih banyak aset untuk menangani pencerobohan kapal-kapal China itu daripada menganggu "harta karun" negara.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS mengumumkan penemuan gas di telaga penerokaan Cengkih-1 dekat Blok SK 320, wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu, Sarawak.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak dan gas nasional itu berkata, telaga penerokaan Cengkih-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 1,680 meter pada Ogos 2022, mencecah lebih daripada 110 meter turus gas di takungan karbonat puncak Miocene Cycle IV/V, meningkatkan lagi sumber gas di blok berkenaan.
Adakah penemuan lebih banyak gas di kawasan perairan di Sarawak itu akan mengundang lebih banyak kunjungan kapal-kapal pengawal China?
Sebab itulah, Panglima Angkatan Tentera menyeru supaya peruntukan pertahanan ditambah, supaya kita dapat meletakkan lebih banyak aset untuk menangani pencerobohan kapal-kapal China itu daripada menganggu “harta karun” negara.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata penemuan terbaharu itu mengesahkan lagi takungan karbonat yang berpotensi besar di Luconia Tengah.
“Usaha penjanaan hasil daripada penemuan ini juga dapat dipercepat pada kos lebih rendah berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan kemudahan sedia ada, termasuk Pegaga yang telah memulakan pengeluaran pada Mac lalu,” katanya.
Petronas Carigali Sdn Bhd adalah pemegang 25 peratus kepentingan dalam kontrak perkongsian pengeluaran di Blok SK 320 yang dikendalikan oleh Mubadala Development Company Oil and Gas Ltd dengan 55 peratus kepentingan penyertaan manakala baki 20 peratus dipegang oleh Sarawak Shell Bhd.
Sejak memasuki pasaran di Malaysia, Mubadala yang berpengkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membuat enam penemuan gas.
Telaga penerokaan Cengkih-1 terletak berhampiran Lapangan Pegaga, salah satu lapangan di dalam Blok SK320, yang baru-baru ini memulakan pengeluaran gas secara komersial.
Lapangan Pegaga telah mencatatkan penemuan 1 trillion kaki padu gas tambahan, hasil daripada keputusan selepas pengerudian yang hanya mengesahkan penemuan telaga yang lebih besar dan berkualiti.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Lapangan Pegaga ditemui ketika kempen pengerudian pada 2013-2014 dan keputusan akhir pelaburan untuk pembangunan itu telah dibuat pada 2018.
Adakah penemuan lebih banyak gas di kawasan perairan di Sarawak itu mengundang lebih banyak kapal-kapal pengawal China? Sebab itulah, Panglima Angkatan Tentera menyeru supaya peruntukan pertahanan ditambah, supaya kita dapat meletakkan lebih banyak aset untuk menangani pencerobohan kapal-kapal China itu daripada menganggu “harta karun” negara.
Comments are closed.