Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang TUDM, TNI-AU Adakan Latihan Bersama Jamin Keselamatan Sempadan

Latihan udara ini menitik beratkan kesiapsiagaan TUDM dan TNI-AU dalam menangani ancaman keselamatan di kawasan Malaysia-Indonesia khususnya di sempadan kedua-dua negara.

0 5,382

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan Latihan Bersama “LATMA ELANG MALINDO”  bermula 28 November hingga 3 Disember 2021.

Majlis perasmian eksesais menerusi sidang video itu telah diadakan di dua lokasi berbeza — Dewan Setia, Pangkalan Udara Kuching dan Pangkalan Udara Supadio, Pontianak, Indonesia. 

LATMA ELANG MALINDO merupakan platform bagi kedua-dua angkatan udara untuk memperkasakan kemampuan daya saling operasi dari aspek keanggotaan, peralatan dan prosedur.

Selain memperkukuhkan lagi hubungan diplomasi dua negara melalui angkatan udara,  latihan udara itu turut menitik beratkan kesiapsiagaan TUDM dan TNI-AU dalam menangani ancaman keselamatan di kawasan Malaysia-Indonesia khususnya di sempadan kedua-dua negara, menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan menerusi akaun media sosialnya.

Perasmian LATMA ELANG MALINDO telah disempurnakan oleh pihak TNI-AU selaku hos iaitu Kolonel Sidik Setiyono manakala Kolonel Mohd Najib bin Saad @ Salleh TUDM selaku Pengarah Eksesais bagi TNI – AU dan TUDM.

LATMA
TUDM

 

Simbolik perasmian menyaksikan upacara pemakaian “patch” eksesais dengan dimulai oleh pihak TNI-AU dan diikuti oleh pihak TUDM.

Kolonel Najib TUDM selaku Pengarah Eksesais telah memakaikan “patch” eksesais kepada Pegawai Memerintah No. 6 Skn Lt Kol Ahmad Subki bin Tugimin TUDM, Chief of EXCON Mej Nazrul Hafiz bin Zaini TUDM dan wakil Detasmen SAR Mej Muhammad bin Rosdi TUDM dengan turut disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM. 

LATMA
TUDM

 

Dalam pada itu, pihak TUDM dan TNI-AU meminta orang ramai khususnya rakyat Malaysia dan Indonesia agar tidak panik dan cemas sekiranya melihat pesawat pejuang kedua-dua negara terbang rendah.

Sepanjang latihan dijalankan, pesawat pejuang Hawk TUDM dan TNI-AU akan melaksanakan latihan di ruang udara negara serta ruang udara Indonesia yang telah digazetkan sebagai kawasan latihan.

LATMA
Kredit TUDM

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...