Pesawat Pejuang Yak-130 Iran Dilihat Bawa Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Dekat R-73E
Setahun selepas laporan Iran telah menerima pesawat-pesawat pejuang ringan/latihan Yak-130 itu, gambar terkini menunjukkan salah sebuah pesawat buatan Russia itu kini dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat Vympel R-73E (NATO Designation AA-11 Archer).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Republik Islam Iran (IRIAF) mula meneriam pesawat-pesawat pejuang ringan/latihan Yakovlev Yak-130 “Mitten” pada tahun lepas, dipercayai sebagai persediaan sebelum negara itu sebelum menerima pesawat pejuang Sukhoi Su-35 sebagaimana digembar-gemburkan sebelum ini.
Setahun selepas laporan Iran telah menerima pesawat-pesawat pejuang ringan/latihan Yak-130 itu, gambar terkini menunjukkan salah sebuah pesawat buatan Russia itu kini dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat Vympel R-73E (NATO Designation AA-11 Archer).
Pesawat pejuang ringan/latihan PJSC Yakovlev (sebahagian daripada PJSC UAC of Rostec State Corporation).
Menurut pemerhati pertahanan Iran dikenali sebagai “Meshkat” yang mengenalpasti peluru berpandu udara-ke-udara buatan Russia itu menyatakan bahawa pesawat pejuang ringan/latihan Yak-130 milik Iran mampu membawa sehingga empat butir peluru berpandu R-73E.
Keempat-empat peluru berpandu udara-ke-udara R-73 itu diletakkan di bawah kedua-dua sayap pesawat Yak-130 itu.
Pemerhati pertahanan Iran pula menyatakan bahawa gambar itu hanya memaparkan peluru berpandu latihan dan pesawat Yak-130 milik Iran itu beroperasi daripada pangkalan udara di Isfahan.
Peluru berpandu udara-ke-udara R-73E buatan Russia itu direka untuk memusnahkan sasaran udara seperti pesawat pejuang, pesawat pengebom, dan pesawat pengangkut tentera dalam pertempuran jarak dekat dari sebarang arah, pada waktu siang atau malam, termasuk dalam keadaan persekitaran gangguan elektronik (ECM) yang tinggi.
Peluru berpandu itu digunakan pada pesawat pejuang, pengebom, dan pesawat serangan.
Kelincahan tinggi peluru berpandu R-73 ketika mengejar sasaran-sasaran musuh itu dicapai melalui penggunaan sistem kawalan gabungan gas dan aerodinamik yang unik, yang membolehkan Thrust Vectoring.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat itu yang boleh meluncur selaju Mach 2.5 itu dibangunkan oleh Vympel NPO dan mula menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Russia pada tahun 1984.
Varian R-73A dan R-73E boleh membedil sasaran sehingga 30 km jauhnya manakala varian R-73M pula berkeupayaan membedil sasaran sejauh 40 km.
Iran dikatakan telah menerima kira-kira 12 buah pesawat pejuang ringan/latihan Yak-130 daripada Russia pada September 2023, dengan tujuan utama perolehan pesawat itu adalah untuk menyediakan juruterbang pesawat pejuang Iran untuk mengendalikan pesawat pejuang generasi 4.5 Sukhoi Su-35.