Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Singapura Ke Guam Untuk Latihan Dengan Tentera Amerika Syarikat Selama 2 Bulan

Pesawat-pesawat pejuang F-15SG dan F-16 serta pesawat amaran awal (AEW) Gulfstream G550 berlepas daripada Singapura semalam, ditemani oleh dua buah pesawat pengisi minyak Airbus A330-243MRTT (SINGA82 dan SINGA83).

0 1,745

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa buah pesawat pejuang Tentera Udara Repubik Singapura (RSAF) berlepas daripada republik itu untuk ditempatkan selama dua bulan di Pangkalan Udara Andersen milik Amerika Syarikat di Guam yang terletak di Lautan Pasifik.

Pesawat-pesawat pejuang F-15SG dan F-16 serta pesawat amaran awal (AEW) Gulfstream G550 berlepas daripada Singapura semalam, ditemani oleh dua buah pesawat pengisi minyak Airbus A330-243MRTT (SINGA82 dan SINGA83). (Multi-Role Tanker Transport)

Pesawat AEW Gulfstream G550 ini dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dual-band phased array yang dibangunkan oleh syarikat Israel Aerospace Industries (IAI).

 

G550
Pesawat amaran awal (AEW) Gulfstream G550 Tentera Udara Singapura

 

Menurut akaun Facebook RSAF, pesawat-pesawat pejuang dan amaran awal republik itu akan ditempatkan di pangkalan di Lautan Pasifik itu selama dua bulan untuk menjalani latihan bersama Tentera Amerika Syarikat.

Mereka akan berlatih bersama-sama Skuadron VAQ132, yang mengoperasikan pesawat peperangan elektronik EA-18G Growler Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Peluang latihan ini di Guam ini merupakan bukti kepada kepercayaan dan kerjasama antara angkatan tentera kami (Amerika Syarikat dan Singapura) serta hubungan pertahanan dua hala yang baik antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan di dalam laman Facebook itu.

Berlatih di luar negara, sebenarnya, adalah normal bagi angkatan tentera negara pulau itu yang berhadapan dengan masalah kekangan kawasan latihan berikutan saiz republik itu yang kecil.

Pada tahun lepas, kira-kira 200 anggota tentera udaranya berlatih selama dua bulan di pangkalan Tentera Udara Australia di Darwin.

F-16
Pesawat F-16 Singapura

 

Tentera Udara Republik Singapura mula menempatkan pesawat-pesawat pejuangnya di Pangkalan Udara Andersen di Guam pada 2017 untuk berlatih bersama-sama tentera Amerika Syarikat.

Sebenarnya, kedua-dua negara telah pun menandatangani perjanjian pada 2019 bagi membolehkan RSAF untuk menempatkan detasmen pesawat-pesawatnya di Guam bermula pada 2029.

Sementara itu Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dalam satu posting Facebook berasingan berkata penempatan pesawat-pesawat pejuang republik di Guam membolehkan RSAF mengambil peluang daripada keluasan ruang udara Guam untuk melakukan latihan berskala besar dan menajamkan skil-skil mereka.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada tentera Amerika Syarikat atas peluang yang diberikan kepada RSAF itu.

Guam
Pangkalan Udara Andersen di Guam

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...