Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang J-10C China, JAS39 Gripen Thailand “Bertarung” Dalam Latihan Falcon Strike 2024

Menurut akhbar nasionalis China, Global Times, latihan “Falcon Strike” 2024 memberikan peluang kepada Tentera Udara China untuk mempelajari dan mendalami strategi dan taktik peperangan udara Barat kerana Thailand merupakan pengguna pesawat-pesawat pejuang Barat dan mengamalkan taktik peperangan udara Barat.

1,480

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang JAS39 Gripen Tentera Udara Thailand dan J-10C Tentera Udara China (People’s Liberation Army Air Force – PLAAF) akan “bertarung” sekali lagi di ruang udara Thailand apabila aset tentera udara kedua-kedua negara terlibat dalam latihan udara bersama dinamakan “Falcon Strike” 2024.

Latihan udara bersama “Falcon Strike” 2024 itu akan bermula Ahad ini sehingga 29 Ogos dan berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Thailand di Udon Thani, yang pernah digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat ketika kemuncak Perang Vietnam.

Tahun ini merupakan kali ke-tujuh tentera udara kedua-dua negara itu terlibat dalam latihan udara bersama “Falcon Strike” 2024, yang hanya membuktikan betapa eratnya hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara.

Menurut akhbar nasionalis China, Global Times, latihan “Falcon Strike” 2024 memberikan peluang kepada Tentera Udara China untuk mempelajari dan mendalami strategi dan taktik peperangan udara Barat kerana Thailand merupakan pengguna pesawat-pesawat pejuang Barat dan mengamalkan taktik peperangan udara Barat.

Walaupun Thailand adalah sekutu Amerika Syarikat, namun negara Asia Tenggara itu juga merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai hubungan ketenteraan yang paling erat dengan China, terutamanya selepas jeneral-jeneral Thailand  merampas kuasa daripada pentadbiran awam negara jiran Malaysia itu pada 2014.

J-10C

Bangkok juga merupakan antara pembeli tegar kepada sistem persenjataan buatan syarikat China daripada kereta kebal, kereta perisai, sistem pertahanan udara kepada kapal-kapal perang.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan China, ia akan menghantar pesawat-pesawatnya dan pasukan khas ke latihan udara bersama itu yang memberi tumpuan kepada usahan untuk meningkatkan skill kombat anggota tentera kedua-dua negara dan mendalamkan lagi pertukaran praktikal dan kerjasama.

Walaupun ia tidak memaklumkan jenis pesawat-pesawat kombatnya yang terlibat dalam “Falcon Strike” 2024 itu, tetapi gambar-gambar media sosial menunjukkan pesawat pejuang J-10C PLAAF telah pun berada di Pangkalan Udara Tentera Thailand di Udon Thani itu.

J-10C merupakan varian terkini pesawat pejuang J-10 yang dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta peluru berpandu udara-ke-udara terkini China seperti PL-10 (infra red guided) dan  PL-15 (AESA radar guided)  yang mampu membedil sasaran lebih jauh.

Dibangunkan oleh Aviation Industry Corp of China, pesawat pejuang J-10C itu berkeupayaan menguasai ruang udara dan membedil sasaran darat serta laut.

Pesawat pejuang J-10C mula diperkenalkan kepada orang awam pada Julai 2017 dan mula digunakan untuk tugas-tugas kombat pada 2018.

Saab Group
Pesawat pejuang JAS39 Gripen C/D Tentera Udara Thailand

 

 

Varian J-10C dikatakan memiliki radar cross section lebih kecil tetapi berkeupayaan lebih baik berbanding varian J-10A dan J-10B.

“Berbanding varian-varian terdahulu, J-10C adalah lebih ringan dan lebih sukar untuk dikesan serta menggunakan enjin yang lebih berkuasa. Selain itu varian J-10C juga dilengkapkan dengan radar active electronically scanned array (AESA)  bagi membolehkan kemampuan pengesanan (sasaran) yang lebih baik.”

Pemerhati tentera serantau menyatakan PLAAF mengoperasi kira-kira 150 buah pesawat pejuang J-10C dalam pasukannya.

Selain pesawat pejuang J-10C, PLAAF juga dipercayai mengerahkan pesawat amaran awal (AEW) KJ-500 dan pesawat-pesawat kombat lain ke latihan udara bersama di Thailand itu.

Bagi Tentera Udara Thailand, negara Asia Tenggara itu dipercayai bakal menghantar pesawat-pesawat pejuang buatan Sweden, JAS39 C/D Gripen untuk berdepan dengan pesawat-pesawat pejuang J-10C daripada China itu.

Tentera Udara Thailand membeli 12 buah pesawat pejuang Gripen buatan syarikat Saab Group daripada Sweden, tetapi sebuah daripad pesawat pejuang itu telah terhempas ketika pertunjukkan udara di Hatyai beberapa tahun lalu.

J-10C

Bangkok dijangka memperoehi 12 buah lagi pesawat pejuang Gripen buatan Sweden itu, walaupun persaingan pada masa ini masih terbuka di antara pesawat pejuang buatan Sweden itu dengan F-16 buatan syarikat Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Sumber yang dipetik oleh akhbar Bangkok Post itu menyatakan bahawa RTAF berkemungkinan besar akan memilih pesawat pejuang Gripen buatan Sweden itu untuk memenuhi keperluannya, mengalahkan F-16 Block 70.

Thailand dijangka mengumumkan pesawat pejuang pilihanannya itu pada akhir tahun ini. — DSA

Comments are closed.