Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat MiG-35 Intai Peluang Kontrak FLIT/LCA TUDM

Pesawat MiG-35 dibangunkan oleh Mikoyan dilaporkan adalah salah satu daripada enam pesawat yang disahkan menyertai persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat FLIT/LCA kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 13,303

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun bukan dikategorikan sebagai pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA), tetapi Mikoyan MiG-35 dilaporkan tetap menyertai persaingan untuk mendapatkan kontrak daripada Malaysia.

Pesawat MiG-35 ini sebenarnya dikategorikan sebagai pesawat Multi-Role Combat Aircraft (MRCA).

Menurut versi mingguan akhbar The Edge Weekly, pesawat MiG-35 yang dibangunkan oleh Mikoyan merupakan salah satu daripada enam pesawat yang disahkan menyertai persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat FLIT/LCA kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain MiG-35, akhbar kewangan itu yang memetik sumber berkata, syarikat yang bersaing dalam tender TUDM  itu adalah Korea Aerospace Industries (KAI) yang bekerjasama dengan syarikat tempatan, Kemalak Systems Sdn Bhd untuk menawarkan to pesawat F/A- 50.

Manakala syarikat Turkey Aerospace Industries pula menawarkan pesawat LCA, Hürjet dan China National Aero-Technology Import & Export Corp (CATIC) pula mempertaruhkan pesawat L-15.

MiG-35
Pesawat MiG-35roso

 

Sementara itu syarikat Itali, Leonardo menawarkan pesawat M-346 manakala syarikat Hindustan Aeronautics Ltd daripada India pula menawarkan pesawat Tejas.

Pada September lepas, Pengarah Russian Federal Service for Military-Technical Cooperation Dmitry Shugaev turut memberitahu agensi berita negara itu, Sputnik turut memaklumkan tentang penyertaan MiG-35 dalam persaingan di Malaysia itu.

“Pihak Russia sedang menimbangkan kemungkinan Rosoboronexport (agensi kerajaan Russia yang bertanggungjawab tentang export senjata) menyertakan pesawat pejuang MiG-35 bagi memenuhi tender TUDM bagi FLIT/LCA.”

MiG-35

“Kami merancang untuk mengemukakan cadangan itu (MiG-35) kepada rakan Malaysia kami pada bulan ini,” katanya kepada pemberita semasa Eastern Economic Forum (EEF) yang berlangsung di Vladivostok di timur jauh Russia.

Dalam pakej penjualan itu, Moscow turut menawarkan untuk membeli semula kesemua pesawat MiG-29N yang pernah digunakan oleh TUDM.

Ok berkenaan tawaran pesawat MiG-35 dalam persaingan tender TUDM pula, ia ditunjangi oleh syarikat Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd — yang 71.43 peratus daripadanya dikuasai oleh National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) milik Tan Sri Ahmad Johan, 23 peratus oleh syarikat, Russian Aircraft Corporation dan 4.76 peratus oleh Rosoboronexport.

Tan Sri Ahmad Johan boleh dikatakan sebagai “orang lama” yang amat berpengalaman di dalam industri pertahanan dan aeroangkasa di dalam negara.

Manakala ATSC pula adalah pemain yang amat berpengalaman dalam penyelenggaran pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29N yang digunakan oleh TUDM.

So, kalau TUDM memilih MiG-35 sebagai pesawat pilihannya, maka soal penyelenggaraan atau Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) pesawat itu memang tiada masalah kerana kemudahan sudah pun tersedia.

KH-31
Peluru berpandu KH-31

 

iGATSC Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 25 June 1994 hasil daripada MoU yang ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dengan Russian State Corporation ‘Rosvoorouzhenie’ (yang kini dikenali sebagai ROSOBORONEXPORT) dan Moscow Aircraft Production Organisation (MAPO) yang kini dikenali sebagai Russian Aircraft Corporation (RAC).

Dibawah ATSC, ada tiga bahagian iaitu – Sukhoi Technical Centre (STC), MiG Technical Centre (MTC) dan Logistic Centre.

Mengenai pesawat MiG-35 itu pula, ia adalah versi eksport yang menggabungkan sistem-sistem moden MiG-29M2 dengan radar AESA  dan dibangunkan oleh Mikoyan.

Radar AESA Zhuk-MA pesawat Russia itu dikatakan boleh mengesan sasaran udara sejauh 160km manakala bagi sasaran laut pula ia boleh mengesan sasaran sejauh lebih 300km.

Pesawat itu boleh dilengkapkan dengan thrust vectoring sebagai opsyen.

Pesawat MiG-35 ini boleh disesuaikan dengan sistem persenjataan buatan Russia atau negara asing atau sistem defensive yang lain bagi memastikan combat suvivalbiliti yang tinggi.

MiG-35 ini datang dalam dua versi iaitu MiG-35 (satu tempat duduk) and MiG-35D (dua tempat duduk).

Bagi peluru-peluru berpandu, pesawat MiG-35 ini berkemampuan untuk melancarkan pelbagai peluru berpandu termasuk peluru berpandu anti-kapal Kh-31A,  peluru berpandu anti-radiasi Kh-31P, peluru berpandu Kh-29TE and bom pintar KAB-500Kr selain bom-bom pintar yang lain.

Pesawat juga dilengkapi dengan external optical / laser targeting pod.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...