(VIDEO) Pesawat KF-21 “Boramae” Berjaya Laksana Ujian Pengisian Minyak Di Udara
(VIDEO) Ketua Program Pesawat Pejuang di DAPA Noh Ji-man berkata kejayaan melaksanakan pengisian minyak di udara adalah satu perkembangan yang besar kerana ia meningkatkan radius operasi dan masa beroperasi pesawat pejuang KF-21 "Boramae", sekaligus menyumbang kepada kemampuan serangan jarak jauh Tentera Udara serta memperkuatkan lagi kekuatan tentera.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, pesawat prototaip kelima KF-21 “Boramae” telah buat pertama kalinya telah berjaya melaksanakan pengisian minyak di udara (air-to-air refueling), umum agensi perolehan pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA).
Ujian itu dilaksanakan hanya beberapa bulan sebelum pesawat pejuang itu menyambut ulangtahun ke-2 selepas ia berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada Julai 2022.
“Pesawat prototaip kelima KF-21 berlepas daripada landasan di 3rd Air Force Training Wing pada pukul 9:45 pagi and telah berjaya melaksanakan misi pengisian minyak di udara di Laut Selatan (South Sea),” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DAPA sejurus selepas kejayaan ujian pengisian minyak di udara.
Prototaip kelima pesawat KF-21 “Boramae” itu sepatutnya diserahkan kepada Indonesia sebagai rakan kongsi program pembangunan pesawat itu, tetapi akan hanya dilakukan selepas Jakarta menyelesaikan sebarang pembayaran yang tertangguh sejak sekian lama.
Visual pesawat pejuang yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) itu mengisi minyak di udara daripada pesawat tangka KC-330 telah ditayangkan oleh stesen-stesen televisyen Korea Selatan.
Ujian pengisian minyak di udara oleh pesawat prototaip KF-21 “Boramae” itu dtelah dilaksanakan di kawasan perairan di selatan negara itu.
Menurut DAPA, kejayaan mengisi minyak di udara itu menambah kemampuan pesawat pejuang itu untuk melaksanakan operasi lebih jauh dan lebih lama berbanding sekiranya ia bergantung kepada tangki minyak dalaman semata-mata.
Mengisi minyak di udara ketika kedua-dua pesawat sedang terbang adalah operasi yang kompleks dan rumit memerlukan ketepatan, koordinasi dan keberkesanan.
Proses pengisian minyak melibatkan pemindahan minyak daripada satu pesawat (pesawat tangka) kepada sebuah lagi pesawat (penerima) ketika penerbangan.
Menurut Ketua Program Pesawat Pejuang di DAPA Noh Ji-man berkata kejayaan melaksanakan pengisian minyak di udara adalah satu perkembangan yang besar kerana ia meningkatkan radius operasi dan masa beroperasi pesawat pejuang KF-21 “Boramae”, sekaligus menyumbang kepada kemampuan serangan jarak jauh Tentera Udara serta memperkuatkan lagi kekuatan tentera.
Ujian pengisian ini akan diteruskan lagi sehingga Mac 2025 dengan melakukan 60 lagi penerbangan ujian itu.
Pihak KAI mengumumkan bahawa pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae” akan mula dibina secara besar-besaran (mass production) pada tahun ini.
Syarikat yang membangunkan pesawat itu, Korea Aerospace Industries (KAI) dilaporkan akan berbelanja sebanyak US$178 juta (RM800 juta) untuk mula membina 40 buah pesawat KF-21 “Boramae” itu.
Sekurang-kurangnya KAI akan mengambil masa selama tiga tahun sebelum pesawat pejuang KF-21 “Boramae” pertama dibinanya dapat diserahkan kepada pelanggan pertamanya iaitu Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF).
“Pembinaan secara besar-besaran (mass production) pertama pesawat KF-21 Boramae itu dijangkakan akan mengisi vakuum kekuasaan yang ditinggalkan apabila Tentera Udara Korea Selatan menamatkan pesawat-pesawat pejuang yang telah berusia,” menurut menteri pertahanan negara itu dalam satu kenyataan Disember lalu.
Menurut KAI, fasa kejuruteraan dan pembinaan pesawat pejuang KF-21 itu akan akan selesai pada 2026.
Media negara itu, Korea Times menjangkakan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” yang pertama dijangka akan dioperasikan oleh ROKAF pada separuh tahun 2026.
ROKAF bercadang mengoperasikan sehingga 120 buah pesawat pejuang KF-21 “Boramae” menjelang tahun 2032 untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang berusianya, F-4 “Phantom” dan F-5 yang masih digunakan oleh tentera udara negara itu.
Tentera udara negara itu bercadang menjadikan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” itu sebagai “tulang belakang” ROKAF, yang akan memainkan peranan penting sekiranya berlaku peperangan di Semenananjung Korea.
Program pembangunan pesawat pejuang itu telah bermula pada 2015 tetapi ia hanya benar-benar bermula beberapa tahun lalu apabila KAI dan rakan-rakan teknologinya mula membina beberapa buah pesawat prototaipnya.
KAI mendapat bantuan daripada syarikat Lockheed Martin dalam program pembangunan KF-21, mengulangi kerjasama di antara dua syarikat ketika mereka sama-sama membangunkan pesawt pejuang ringan FA-50.
Pesawat prototaip KF-21 itu berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada 2022 dan selepas itu ia telah memulakan kira-kira 2,000 penerbangan ujian yang perlu dilakukannya untuk menguji pelbagai sistem dan komponen.
Dilancarkan pada 2015, program pembangunan pesawat KF-21 itu dianggar menelan belanja US$6.59 bilion (RM26.36 bilion). — DSA
Comments are closed.