Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perang Psikologi ? Pesawat Pejuang Pakistan Turut Papar “Kill Marks” Sebuah Rafale Milik India

Semalam telah tersebar gambar di media sosial menunjukkan sebuah pesawat pejuang J-10C buatan China milik Tentera Udara Pakistan turut memaparkan “kill marks” sebuah pesawat pejuang Rafale Tentera Udara India di badan pesawat itu.

0 1,495
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari selepas pesawat pejuang J-10C Tentera Udara China memaparkan “kill marks” enam buah aset Tentera Udara India yang ditembak jatuh dalam konflik Pakistan-India termasuk pesawat-pesawat pejuang Rafale miliknya, tindakan itu turut diikuti oleh Tentera Udara Pakistan.
Semalam telah tersebar gambar di media sosial menunjukkan sebuah pesawat pejuang J-10C buatan China milik Tentera Udara Pakistan turut memaparkan “kill marks” sebuah pesawat pejuang Rafale Tentera Udara India di badan pesawat itu.
Ketulenan gambar “kill marks”  oleh pesawat pejuang J-10C Tentera Udara Pakistan itu tidak dapat dipastikan atau ia disahkan oleh pihak berkuasa Pakistan, bagaimanapun ia telah tersebar dengan meluas tanpa sebarang penafian daripada pihak berkuasa negara itu.
Tindakan memaparkan “kill marks” aset-aset udara Tentera Udara India termasuk pesawat pejuang termodennya Rafale itu lebih kepada permainan psikologi, untuk merendah-rendahkan kemampuan Tentera Udara India.
Netizen di India telah mengecam tindakan China memaparkan “kill marks” pada pesawat pejuang J-10C miliknya, terutamanya kerana penembakan jatuh keenam-enam pesawat pejuang Tentera Udara India itu belum lagi disahkan.
Beberapa hari lalu, sebuah pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara China (PLAAF) dilihat telah menampilkan “kill marks” pesawat-pesawat pejuang dan dron Tentera Udara India yang didakwa ditembak jatuhnya olehnya pada konflik Pakistan-India baru-baru ini.
Ia dipercayai adalah langkah untuk menunjukkan solidariti Tentera Udara China dengan apa yang dilalui oleh rakan-rakan mereka di Tentera Udara Pakistan, di mana kedua-duanya adalah pengguna pesawat generasi 4.5 keluaran Chengdu Aircraft Industry Corporation (CAIG) itu.
KIll Marks
“Kill Marks” di badan pesawat pejuang J-10C Pakistan memaparkan pesawat pejuang Rafale India yang ditembak jatuh.
Rafale
Pesawat pejuang Rafale India
“Kill Marks” yang tertera di pesawat pejuang J-10C Tentera Udara China itu terdiri dairpada tiga buah pesawat pejuang Rafale, sebuah Sukhoi Su-30MKI, sebuah MiG-29 dan sebuah dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) Heron keluaran syarikat Israel Aerospace Industries (IAI).
“Kill marks” pada pesawat pejuang merujuk kepada tanda atau simbol yang dicat pada badan pesawat, biasanya berhampiran kokpit, untuk menunjukkan bilangan musuh yang telah ditembak jatuh atau dimusnahkan oleh pesawat tersebut semasa operasi tempur.
Fungsi utama “kill marks” adalah sebagai pengiktirafan kepada kejayaan tempur, baik oleh juruterbang atau sistem senjata pesawat tersebut.
Tradisi “kill marks” ini berasal sejak era Perang Dunia Kedua, dan masih diamalkan oleh banyak tentera udara hari ini
Kesemua “kill marks” yang tertera pada badan pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara China itu merujuk kepada lima buah pesawat pejuang dan sebuah dron milik India yang berjaya ditembak jatuh oleh pesawat pejuang J-10C dioperasikan oleh Tentera Udara Pakistan pada konflik bersenjata kedua-dua negara baru-baru ini, sebelum Islamabad-New Delhi memeterai gencatan senjata.
Walaupun “kill marks” pada pesawat pejuang J-10C Tentera Udara China itu mempunyai lima buah pesawat pejuang dan sebuah dron, namun Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Shariff semalam mendakwa Tentera Udara Pakistan telah berjaya menembak jatuh pesawat pejuang India yang ke-enam.
Kil Marks
“Kill Marks” yang tertera di pesawat pejuang J-10C Tentera Udara China itu terdiri dairpada tiga buah pesawat pejuang Rafale, sebuah Sukhoi Su-30MKI, sebuah MiG-29 dan sebuah dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) Heron keluaran syarikat Israel Aerospace Industries (IAI).
Pesawat pejuang Tentera Udara India yang keenam di dakwa ditembak jatuh oleh Pakistan itu adalah daripada jenis Mirage 2000, yang sebagaimana diperkatakan oleh Shahbaz, telah berjaya ditembak jatuh di Pampore, timur Srinagar pada malam 6/7 Mei lalu.
 Walaupun berhadapan dengan semakin banyak bukti-bukti yang sukar disangkal, namun tentera dan kerajaan India enggan mengakui ia telah kehilangan lima (dan kini enam buah) pesawat pejuangnya termasuk tiga buah pesawat pejuang termodennya, Rafale buatan Perancis akibat ditembak jatuh oleh Tentera Udara Pakistan.
Ketika ditanya tentang nasib tiga buah pesawat pejuang Rafale miliknya, Pegawai kanan Tentera Udara India Air Marshal A.K Bharti hanya berkata, “Kita berada dalam senario peperangan, kehilangan (losses) adalah sebahagian daripada pertempuran”, namun tidak memberikan penjelasan lanjut tentangnya.
Bagaimanapun bagi pemerhati pertahanan, jawapan pegawai kanan Tentera Udara India itu seolah-olah mengesahkan bahawa ia sememangnya telah kehilangan lima buah pesawat pejuang termasuk tiga buah Rafale.
Kesemua pesawat pejuang dan dron milik Tentera Udara India itu berkemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu jarak jauh Beyond Visual Range (BVR) PL-15 keluaran China digunakan oleh pesawat pejuang J-10C Pakistan.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 itu memiliki kelajuan Mach 4 dan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dan direka untuk pertempuran luar jarak penglihatan (BVR).
Kill Marks
“Kill Marks” yang tertera di pesawat pejuang J-10C Tentera Udara China itu terdiri dairpada tiga buah pesawat pejuang Rafale, sebuah Sukhoi Su-30MKI, sebuah MiG-29 dan sebuah dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) Heron keluaran syarikat Israel Aerospace Industries (IAI).
Peluru berpandu PL-15 adalah sistem persenjataan udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) buatan China yang direka untuk memberi kelebihan strategik kepada pesawat pejuang Tentera Udara China (PLAAF).
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 dibangunkan oleh China Airborne Missile Academy (CAMA), yang merupakan sebahagian daripada Aviation Industry Corporation of China (AVIC).
Pesawat pejuang Chengdu J-10C, dikenali sebagai “Vigorous Dragon,” merupakan tulang belakang kekuatan udara Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLAAF) China.
Sehingga awal 2025, PLAAF dipercayai memiliki lebih daripada 300 unit pesawat pejuang  J-10C, menjadikannya salah satu pesawat pejuang paling banyak digunakan dalam tentera udara negara itu.
Pakistan telah mengambil langkah besar dalam memperkukuh kekuatan tenteranya apabila memperoleh pesawat pejuang generasi 4.5 Chengdu J-10C “Vigorous Dragon” daripada China, untuk meningkatkan keupayaan operasi Tentera Udara Pakistan (PAF) ke tahap baharu.
Tentera Udara Pakistan telah menerima pesawat-pesawat pejuang J-10C buatan China pada 4 Mac 2022.
Keputusan Pakistan untuk memiliki pesawat ini dilihat sebagai reaksi balas langsung terhadap kemasukan pesawat Rafale buatan Perancis ke dalam inventori Tentera Udara India, dalam usaha mengekalkan keseimbangan kekuatan udara di rantau yang bergolak itu.
J-10C
J-10C Pakistan
Enam unit pertama pesawat ini tiba di Pangkalan Tentera Udara Minhas di Kamra, Pakistan, dan secara rasmi ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Udara Pakistan (PAF) pada 11 Mac 2022.
Perolehan J-10C ini merupakan sebahagian daripada usaha Pakistan untuk meningkatkan kemampuan pertahanan udaranya, khususnya sebagai tindak balas terhadap perolehan pesawat Rafale oleh India.
Pakistan pada asalnya mengumumkan pembelian 25 pesawat J-10C pada Disember 2021, dengan penghantaran pertama dijadualkan sebelum sambutan Hari Republik Pakistan pada 23 Mac 2022.
Sejak itu, Pakistan telah menerima lebih banyak pesawat J-10C dan dilaporkan sedang dalam rundingan untuk memperoleh sehingga 60 unit keseluruhannya, bagi memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.