Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perancis Tunjuk “Garang”, Lakukan Ujian Pelancaran Peluru Berpandu Nuklear ASMPA-R

Latihan tembakan peluru berpandu nuklear oleh Perancis itu berlaku hanya sehari selepas Russia melaksanakan latihan nuklear di Southern Military District, yang terletak berhampiran dengan Ukraine termasuk kawasaki dimana tenteranya telah tawan dalam konflik terbaru ini.

0 5,681

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pesawat pejuang Rafale kebanggaan industri aeroangkasa Perancis telah menunjukkan kemampuannya dalam melancarkan peluru berpandu dilengkapi dengan kepala peledak nuclear baru-baru ini.

Rabu lepas, pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation telah melancarkan peluru berpandu “ASMPA” yang telah dipertingkatkan kemampuannya.

 Banyak daripada sumber-sumber yang dipetik oleh media dan penganalisis pertahanan menyatakan bahawa ujian pelancaran peluru itu berjaya.

 Walaupun dibangunkan untuk membawa kepala peledak nuclear, namun pada latihan itu peluru berpandu “ASMPA” tidak dilengkapi dengan peledak nuclear.

 Latihan itu bertujuan sebagai simulasi “serangan nuklear”, mengikut sumber-sumber yang turut menambah peluru berpandu yang diubahsuai itu dinamakan “ASMPA-R”.

Perancis
Pesawat pejuang Rafale dilengkapi peluru berpandu kruis ASMPA-R
 Perancis bercadang untuk memperuntukkan kira-kira 13 operates daripada Belanjawan Pertahanannya dalam tahun-tahun mendatang ini untuk meningkatkan lagi kemampuan senjata nuklearnya termasuk membangunkan peluru berpandu nuklear lancaran pesawat menjelang 2035.
Peluru berpandu “ASMPA-R” juga dikenali sebagai Air-Sol Moyenne Portée Amélioré-Rénové merupakan platform yang dinaiktaraf daripada varian peluru berpandu asal.
Dibangunkan untuk tentera Perancis, peluru berpandu kruis lancaran udara serba moden ini memiliki keupayaan yang dipertingkatkan dan penambahan jarak bedilan daripada sebelumnya.
Memiliki panjang keseluruhan, 5.38 meters dengan diameter 0.38 meter, peluru berpandu ASMPA-R itu adalah cukup kompak untuk dibawa oleh pelbagai pesawat pejuang lain termasuk Rafale dan Mirage 2000N.
Berkenaan karekteristiknya, peluru berpandu ASMPA-R memiliki kelajuan tinggi, penerbangan altitud rendah menjadikannya sukar untuk dikesan dan dipintas.
Perancis
Peluru berpandu ASMPA-R

 

Ia juga dilengkapi dengan sistem guidance yang canggih termasuk Inertial Navigation dan GPS bagi memastikan bedilan yang tepat terhadap sasaran.

Rekabentuknya juga memastikan peluru berpandu ASMPA-R itu sukar untuk ditewaskan di medan peperangan.

Menggunakan enjin Ramjet, peluru berpandu ASMPA-R memiliki kelajuan supersonik dan membolehkannya terbang pada jarak yang jauh disabling mengekalkan kelincahannya dan me gerak daripada dikesan oleh sistem pertahanan udara musuh.

Peluru berpandu ASMPA-R adalah versatil kerana ia boleh dilengkapi dengan pelbagai peledak termasuk konvensional dan nuklear bagi membolehkannya berguna untuk dikerah dalam pelbagai operasi sama ada strategik atau taktikal bergantung kepada keperluannya.

Dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 500km, peluru berpandu ASMPA-R boleh membedil sasaran jauh di dalam kawasan musuh.

Perancis
Peluru berpandu “ASMPA-R” juga dikenali sebagai Air-Sol Moyenne Portée Amélioré-Rénové merupakan platform yang dinaiktaraf daripada varian peluru berpandu asal. Dibangunkan untuk tentera Perancis, peluru berpandu kruis lancaran udara serba moden ini memiliki keupayaan yang dipertingkatkan dan penambahan jarak bedilan daripada sebelumnya.
 
Ujian terbaru peluru berpandu ASMPA-R itu menandakan satu detik yang penting bagi Tentera Udara Perancis kerana kini pesawat pejuang Rafale menyertai pesawat pejuang Mirage 2000N sebagai pesawat yang berkeupayaan melancarkan peluru berpandu nuklear.
Sama seperti pesawat pejuang F-22 Amerika Syarikat, Mirage 2000N hanya digunakan dalam negara dan tidak boleh dieksport, namun ia adalah aset yang kritikal kepada Perancis.
Pada ketika ini Perancis memiliki 64 buah pesawat Mirage 2000N.
Sementara itu Menteri Pertahanan Perancis Sebastien Lecornu menyatakan bahawa latihan itu memastikan keupayaan deteren nuklear negara itu menggunakan platform udara, disamping peluru-peluru berpandu nuklear yang dilancarkan menerusi kapal-kapal selam. –DSA

Comments
Loading...