Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Terima Dua Helikopter Bersenjata T129 “ATAK” Terakhir Daripada Turkiye

Filipina memesan enam buah helikopter penyerang T129 ATAK bernilai US$269 juta (RM1.3 billion) dalam kontrak kerajaan kepada kerajaan (G-to-G) dengan Turkiye yang telah ditandatangani pada Julai tahun 2020.

0 3,496

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Filipina (PAF) telah menerima dua buah helikopter penyerang T129 ATAK yang terakhir daripada enam buah yang dibelinya daripada Turkiye.

Kedua-dua helikopter penyerang itu diserahkan kepada 15th Strike Wing yang berpangkalan di Sangley Point di Cavite.

Filipina memesan enam buah helikopter penyerang T129 ATAK bernilai US$269 juta (RM1.3 billion) dalam kontrak kerajaan kepada kerajaan (G-to-G) dengan Turkiye yang telah ditandatangani pada Julai tahun 2020.

Perolehan enam buah helikopter penyerang itu adalah sebahagian daripada program perolehan yang merupakan pelan untuk terus memodenkan Angkatan Tentera Filipina menerusi perlaksanaan pelbagai program perolehan aset angkatan tentera dinamakan Horizon 2.

Di dalam posting Facebook miliknya, 15th Strike Wing berkata ia telah menerima dua buah helikopter dengan nombor 1505 dan 1506.

Filipina

“Helikopter penyerang itu akan meningkatkan lagi kemampuan kombat Tentera Udara Filipina dan menyelesaikan masalah ‘capability gap’ dan menangani jurang kemampuan dalam peperangan dalam bandar,” menurut 15th Strike Wing mengoperasikan keenam-enam helikopter bersenjata buatan Turkiye itu.

Sementara itu Philippine News Agency (PNA) memetik Tentera Udara Filipina sebagai berkata bahawa kedua-dua buah helikopter T129 ATAK melakukan “low pass” sebelum mendarat di landasan.

Semasa taxiing, penghormatan menggunakan meriam air telah diberikan kepada kedua-dua buah helikopter penyerang buatan Turkiye yang kini menjadi milik Angkatan Tentera Filipina,  

Filipina mula menerima dua buah helikopter bersenjata itu pada Mac 9, 2022 yang diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut Airbus A400M.

Helikopter bersenjata T129 “ATAK”  dilengkapi dengan dua enjin yang berkemampuan melaksanakan misi-misi pada waktu malam menggunakan alat pandang malam (night vision google – NVG).

ATAK

ATAKPeralatan memantau dan membedil sasaran, dibantu juga kemampuan meninjau (observation) bersama-sama dengan sistem pembidik sasaran (targeting system) bagi membolehkan ATAK 2 itu memberikan bantuan sokongan tembakan sambil mengurangkan kesan-kesan collateral.

Helikopter T-129 ATAK ini direkabentuk untuk melakukan dua tugas utama – close air support (cas) dan pelbagai guna.

Untuk misi-misi CAS, helicopter T-129A ATAK ini boleh membawa sehingga 76 roket berkaliber 70mm serta meriam 20mm dengan 500 butir peluru manakala bagi T-129B ATAK untuk misi pelbagai pula boleh membawa sehingga lapan peluru berpandu anti kereta kebal “UMTAS”.

T-129B ATAK juga boleh membawa 12 roket panduan laser CIRIT, dua peluru berpandu STINGERS dan meriam 20mm dengan 500 butir peluru. — DSA

 

 

Comments
Loading...