Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penyokong Tegar Amerika, Bahrain Bakal Operasi Varian Terkini Abrams M1A2 SEPv3

Selain merupakan penyokong kuat Amerika Syarikat di Timur Tengah, Bahrain juga adalah lokasi yang menempatkan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat (US 5th Fleet) dan menjadi tempat persinggahan tetap bagi kapal-kapal pengangkut pesawat negara itu.

2,524

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Salah sebuah sekutu paling tegar Washington di Timur Tengah iaitu Bahrain bakal mengoperasikan varian paling moden kereta kebal Abrams, M1A2 SEPv3 (Systems Enhanced Package).

Ia selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan potensi penjualan sejumlah 50 buah kereta kebal Abrams daripada varian terkini itu kepada Bahrain yang dianggarkan bernilai US$2.2 billion (RM9.9 billion).

Selain kereta kebal M1A2 SEPv3, Bahrain juga akan memperolehi seperti Armored Recovery Vehicles (ARV), jambatan dan pelbagai kelengkapan yang lain.

Kereta kebal itu dibangunkan oleh syarikat General Dynamics.

Selain merupakan penyokong kuat Amerika Syarikat di Timur Tengah, Bahrain juga adalah lokasi yang menempatkan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat (US 5th Fleet) dan menjadi tempat persinggahan tetap bagi kapal-kapal pengangkut pesawat negara itu.Abrams

Bahrain, yang terletak di Teluk Parsi adalah satu-satunya negara Teluk yang memberikan sokongan penuh dan secara terbuka kepada operasi tentera laut Amerika Syarikat terhadap kumpulan bersenjata Houthi di Laut Merah dinamakan “Operation Prosperity Guardian.”.

 “Cadangan penjualan (kereta-kereta kebal M1A1 SEPv3) itu akan meningkatkan lagi kemampuan Bahrain untuk menangani ancaman pada masa ini dan masa depan dengan memberikan ia angkatan yang kredibel yang boleh menangani musuhnya.”

“Ia juga akan memberikan Bahrain kemampuan untuk menyertai dalam operasi serantau dengan Amerika Syarikat dan negara-negara rakan yang lain,” menurut Agensi Kerjasama Pertahanan Keselamatan Amerika Syarikat (US Defense Security Cooperation Agency).

Agensi itu juga melahirkan keyakinannya bahawa Bahrain tidak mempunyai masalah mengoperasi dan mengintergrasikan sistem persenjataannya yang baru itu ke dalam angkatan tenteranya.

Pada ketika ini, varian kereta kebal Abrams M1A2 SEPv3 merupakan varian yang paling moden dan paling moden di dalam operasi.

Abrams

Namun, tentera Amerika Syarikat pada mulanya mahu menaiktaraf varian M1A2 SEPv3 kepada varian SEPv4 tetapi pada September tahun ini ia mengumumkan ia telah membatakan program naiktaraf itu dan sebaliknya akan membangunkan kereta kebal Abrams generasi akan datang.

Varian kereta kebal Abrams M1A2 SEPv3 hanya memasuki perkhidmatan tentera darat Amerika Syarikat pada 2017 selepas dua tahun dibangunkan oleh syarikat yang membekalkannya kepada tentera darat negara itu.

Varian kereta kebal Abram yang terkini memberikan penggunanya pertahanan yang lebih baik berbanding varian terdahulu, selain lebih berbahaya dan berkeupayaan.

Ia memiliki teknologi yang lebih baik termasuk armor yang lebih teguh, sistem komunikasi, keberkesanan bahan api dan lain-lain.

Selain itu itu turut dilengkapi dengan meriam smoothbore M256 120mm yang boleh menembak peluru M829A4 advanced kinetic energy and advanced multi-purpose (AMP) bagi melindunginya,selain mesingan 12.7mm dan 7.62mm.

Kereta kebal M1A2 SEPv3 itu dilengkapi dengan enjin Honeywell AGT1500 gas turbine yang memberikannya kuasa sebanyak 1,500 kuasa kuda.

Selain Amerika Syarikat yang menggunakan varian terkini kereta kebal Abrams, negara-negara lain mengoperasikannya adalah Australia dan Poland. — DSA

Iklan

Comments are closed.