Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan “Pinjamkan” 500,000 Peluru Meriam 155mm Pada Amerika

Pada tahun lepas, Amerika Syarikat dilaporkan telah membeli 100,000 peluru meriam 155mm daripada Korea Selatan dan kali ini ia mahu membeli 500,000 peluru meriam tambahan, tetapi kerajaan di Seoul enggan menjual dan sebaliknya bercadang untuk “meminjamkan” peluru-peluru meriam itu kepada sekutunya.

0 2,645

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan dilaporkan telah bersetuju untuk “meminjamkan” 500,000 peluru meriam 155mm kepada Amerika Syarikat bagi memberikan negara itu lebih banyak fleksibiliti dalam usahanya membantu tentera Ukraine menentang pencerobohan tentera Russia.

Media tempatan di Korea Selatan melaporkan Korea Selatan memilih untuk meminjam peluru itu dan bukan menjualnya kerana Seoul mahu meminimakan kemungkinan peluru-peluru meriamnnya digunakan dalam konflik di Ukraine.

Peluru-peluru meriam yang dipinjamkan akan digunakan untuk menganti simpanan peluru meriam milik Amerika Syarikat yang berkurangan selepas ia diberikan kepada Ukraine.

Meriam

Tentera Ukraine berhadapan dengan masalah kekurangan peluru meriam untuk mengekalkan tempo atau intensiti serangan unit-unit meriamnya terhadap kedudukan tentera Russia.

Bagi pihak Amerika Syarikat, ia akan meningkatkan pengeluaran peluru-peluru meriam 155mm dalam negara daripada 14,000 peluru ketika ini kepada 24,000 peluru pada akhir tahun ini dan 85,000 peluru di dalam tempoh lima tahun.

Pada tahun lepas, Amerika Syarikat dilaporkan telah membeli 100,000 peluru meriam 155mm daripada Korea Selatan dan kali ini ia mahu membeli 500,000 peluru meriam tambahan, tetapi kerajaan di Seoul enggan menjual dan sebaliknya bercadang untuk “meminjamkan” peluru-peluru meriam itu kepada sekutunya.

“Kami memilih untuk meningkatkan jumlah peluru meriam 155mm itu tetapi memilih untuk meminjamkannya (berbanding menjualnya) selepas mengkaji cara untuk membantu sekutu kuat kami tetapi pada masa yang sama tidak mahu membekalkan senjata berbahaya kepada Ukraine,” menurut seorang sumber yang memberitahu media tempatan.

Kedua-dua kerajaan di Seoul dan Washington enggan memberikan sebarang komen mengenai laporan mengatakan Korea Selatan bersetuju untuk “meminjamkan” setengah juta peluru meriam 155mm untuk membantu kempen ketenteraan Ukraine.

Meriam

Menteri Luar Korea Selatan Park Jin memberitahu media negara itu bahawa beliau tidak boleh mengesahkan laporan mengenai Amerika Syarikat mahu “meminjam” peluru-peluru meriam daripada negara itu.

Bagaimanapun beliau menegaskan dasar Korea Selatan tidak memberikan senjata berbahaya kepada Ukraine kekal sehingga kini.

Seoul merupakan sekutu utama Amerika Syarikat dan pada masa yang sama adalah antara pengeluar utama peluru-peluru meriam tetapi mengelak mengambil apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan ekonominya dengan Russia.

Ini adalah pengaruh besar Moscow terhadap musuh utamanya, Korea Utara.

Sebagai sekutu utama Korea Selatan, Amerika Syarikat menempatkan kira-kira 30,000 anggota tenteranya di negara Asia Timur itu.

Meriam

Dalam satu laporan rahsia yang didedahkan kepada media Amerika Syarikat minggu lepas, penasihat presiden Korea Selatan melahirkan kebimbangan tentang rancangan untuk menjual peluru-peluru meriam kepada Washington kerana tidak mahu peluru itu diberikan kepada Ukraine.

Dalam satu lagi laporan rahsia yang didedahkan oleh media menyatakan bahawa pada awal Mac lepas, Seoul serba-salah dengan permintaan Amerika Syarikat untuk membekalkan peluru-peluru meriam kepada Ukraine disebabkan dasarnya yang tidak mahu menyalurkan senjata berbahaya kepada Kiev.

Bekas penasihat keselamatan Korea Selatan Kim Sung-han dalam satu lagi laporan rahsia mencadangkan supaya negara itu menjual 330,000 peluru meriam 155mm kepada Poland yang kemudiannya akan menyalurkannya kepada Ukraine. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...