Latihan Elemen Tinjau, Sniper Kompeni Pandura (Para)
Latihan ini juga merupakan raptai dan persiapan bagi pasukan menghadapi EKS BLACK SHADOW dan EKS BRAVO 210 di peringkat pasukan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Empat pegawai dan 76 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah melaksanakan Latihan Kepakaran dan Kompetensi Elemen Tinjau dan Sniper Kompeni PANDURA (Para) bermula daripada 1 hingga 7 Mac 2021 di Lapangsasar Gemas/Asahan.
Tujuan latihan adalah untuk memperbaiki serta meningkatkan Standard Operating Procedure (SOP) Elemen Tempur Tim dan Platun.
Latihan ini juga merupakan raptai dan persiapan bagi pasukan menghadapi EKS BLACK SHADOW dan EKS BRAVO 210 di peringkat pasukan.
Kesemua latihan ini berkonsepkan live firing assault yang dilaksanakan merangkumi Latihan Menembak Individual dan Tim (LMIT) Peringkat 1 dan 2, Ujian Jalan Laju (UJL) 15km, Close Quarter Combat & Tactical Advance Shooting, Basic & Advance Live Fire Contact/Break Contact Drill, Live Fire RAID Training, Sniper/Recon Overwatch Live Fire, Tactical Navigation & Route Recon, Sniper/Recon Surveilance & Observation dan Crossing Danger Area & Obtacles.
Di samping itu latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Ketua-Ketua Elemen Tempur yang baru dalam TTP dan perlaksanaan penugasan Tinjau/Sniper Kompeni PANDURA (Para).
Pada masa yang sama, kesiagaan pasukan ini turut diuji oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal pada 4 Mac 2021, di mana beliau telah mengarahkan tiga Tim Tinjau dan dua Tim Sniper yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah.
Kompeni PANDURA para diaturgerakkan ke Zon Gugur Nangka, Kelantan bagi melaksanakan Penerjunan Bebas HAHO (High Altitude High Opening) juga HALO (High Altitute Low Opening) serta memberi bantuan dalam menanda Zon Gugur dan mengawal pesawat sewaktu perlaksanaan Mass Drop LPBG (Leading Para Battle Group) 8 RRD (Para) di dalam Gabungan EKS TACOP/EKS KENYALANG WARRIOR.
Tim kemudiannya telah dibuat extraction ke Gemas bagi meneruskan latihan kepakaran setelah misi pengguguran LPBG berjaya dilaksanakan.
Panglima 10 Bgd (Para) juga turut menekankan agar sistem latihan yang berorientasikan Combat Realism, Induce Stress in Training dan Analytical Thinking of Small Unit Leaders diaplikasikan secara holistik agar setiap lapisan anggota Pasukan Komp PANDURA (Para) lebih berkeyakinan dan bersedia untuk melaksanakan misi dalam apa juga keadaan, cuaca dan dimensi ancaman.
Eksesais ini juga merupakan latihan pemanasan bagi menghadapi EKS PARA PREDATOR DAN EKS GERAK PANTAS pada pertengahan 2021 seperti mana yang telah ditetapkan oleh Panglima 10 Bgd (Para) bagi mendokong kelangsungan misi dan kesiagaan Tentera Darat sebagaimana yang diamanatkan oleh Panglima Tentera Darat. — Komp Pandura 10 Bgd (Para)
GAMBAR DAN MAKLUMAT DARIPADA PAGE FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Comments are closed.