Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Warga Palestin Diculik Mossad Di M’sia Tahun Lepas Pakar Godam Sistem Iron Dome Israel

“Pemuda warga Palestin itu (Omar.A) itu adalah pakar komputer yang bertanggungjawab dalam menggodam sistem pertahanan udara Iron Dome Israel dan amat dikehendaki oleh agensi perisikan Mossad sejak sekian lama.” -- akhbar Turkiye, Daily Sabah.

0 2,403

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi perisikan Malaysia dan Turkiye bekerjasama dalam menyelamatkan seorang pakar komputer warga Palestin dikenali nama “Omar. A” (Omar al-Balbaisi) daripada diculik oleh saspek yang bekerja dengan agensi perisikan Israel iaitu Mossad ketika beliau berada di Kuala Lumpur.

Akhbar Turkiye “Daily Sabah” dalam laporannya menyatakan bahawa “Omar.A” adalah seorang pengodam warga Palestin yang amat dikenali dan berada pada senarai yang amat dikehendaki oleh Mossad.

“Pemuda warga Palestin itu (Omar.A) itu adalah pakar komputer yang bertanggungjawab dalam menggodam sistem pertahanan udara Iron Dome Israel dan amat dikehendaki oleh agensi perisikan Mossad sejak sekian lama.”

“Selepas tiga tahun kajian, agensi perisikan Israel telah menjejaki penglibatan Omar.A yang menggodam dan menjejaskan operasi sistem pertahanan udara Iron Dome pada 2015 dan 2016 sehingga membolehkan Briged Al-Qassam melancarkan roket terhadap Israel,”menurut akhbar itu.

Omar.A merupakan graduan pengaturcaraan komputer (computer programming) daripada Universiti Islam Gaza dan adalah arkitek di belakang pembangunan perisian yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri Gaza untuk menggodam telefon bimbit menggunakan sistem operasi Android.

Godam

 

Disebabkan kepakaran beliau dalam usaha menggodam sistem pertahanan udara Iron Dome itu, Mossad telah meletakkan Omar.A sebagai sasaran mereka.

Menyedari beliau kini diburu oleh Mossad, Omar.A telah “berpindah” ke Turkiye pada 2020 dan tinggal di Istanbul tetapi ia tidak menghalang agensi perisikan Israel itu untuk menghantar ejen-ejennya untuk memburu pakar komputer Palestin itu.

Menurut akhbar Turkiye itu, operatif-operatif Mossad beberapa kali menyamar sebagai pegawai kanan syarikat dan badan hak asasi manusia antarabangsa yang menawarkan “pekerjaan” kepada Omar.A.

Tujuan utama mereka menawarkan “pekerjaan” kepada pemuda Palestin itu hanya mempunyai satu matlamat iaitu membawa Omar.A keluar daripada Turkiye dan menculiknya serta membawa beliau ke ibu negara Israel, Tel Aviv.

Ejen-ejen Mossad bersungguh-sungguh mahu menangkap pemuda Palestin itu dan membawanya ke Israel

Agensi perisikan Turkiye memberi amaran kepada Omar.A tentang perancangan ejen-ejen Mossad untuk menangkapnya.

Pada Sept tahun lepas, Omar.A mahu bercuti di Malaysia dan agensi perisikan Turkiye itu telah memberi amaran tentang percubaan Mossad menculiknya.

Mossad

Agensi perisikan Turkiye, National Intelligence Organisation (MIT) telah meletakkan perisian penjejak (tracking software) di dalam telefon bimbit Omar.A.

Beberapa hari selepas tiba di Malaysia, pemuda Palestin itu benar-benar telah diculik oleh saspek yang bekerja dengan Mossad dan telah dibawa ke suatu lokasi di luar Kuala Lumpur, dimana beliau telah diseksa dan disoalsiasat.

Ejen-ejen Mossad turut terlibat sama dalam soalsiasat Omar.A menerusi video call.

Apabila agensi perisikan Turkiye itu menyedari bahawa pakar komputer Palestin itu telah diculik, mereka telah menggunakan maklumat daripada perisian penjejak yang dipasang didalam telefon Omar.A itu untuk menjejaki kedudukannya.

Akhbar Turkiye itu dalam laporannya menyatakan bahawa agensi perisikan negara Mediterranean itu telah memaklumkan pada agensi perisikan Malaysia dan telah berjaya menjejaki kedudukan dimana Omar.A ditahan oleh saspek yang bekerja dengan Mossad itu.

Anggota Polis Malaysia telah menyerbu lokasi penahanan Omar.A itu dan telah berjaya menahan 11 saspek yang bekerja dengan Mossad itu.

Beberapa hari selepas kejadian itu, pakar komputer itu telah dihantar pulang ke Turkiye dan ditempatkan di “rumah selamat” (safe house) disediakan oleh agensi perisikan negara itu.

Iron Dome
Iron Dome

 

Palestin
Sebahagian daripada 11 warga tempatan yang ditahan Polis tahun lepas.

 

Pada Oktober tahun lepas, akhbar tempatan dalam laporan mereka mendakwa pada 10 malam 28 September lepas saspek tempatan telah menculik warga Palestin ketika mereka berada di dalam kenderaan di Jalan Yap Kwan Seng selepas makan malam.

Mangsa insiden penculikan itu adalah pengaturcara komputer dan dipercayai adalah aset penting kepada kumpulan Hamas.

Kenderaan dinaiki oleh warga Palestin itu telah dipintas oleh sebuah kenderaan dinaiki empat lelaki yang membawa ke sebuah chalet di Hulu Langat.

Untuk tempoh 24 jam selepas diculik itu, kedua-dua warga Palestin itu telah disoal-siasat oleh perisik Mossad untuk mengetahui tentang kepakaran tentang komputer serta lokasi pemimpin-pemimpin Hamas di Malaysia.

Pada 14 Oktober yang lalu, agensi berita nasional Malaysia (BERNAMA) telah melaporkan bahawa 11 individu termasuk seorang wanita didakwa telah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.— DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...