Pakistan Perkenal Dron Berani Mati BLAZE-25, Rekaan Seakan Dron Berani Mati LANCET
Dron berani mati BLAZE-25 yang memiliki berat keseluruhan sebanyak 25kg itu telah dipertontonkan kepada orang ramai pada pameran International Defence Exhibition & Conference (IDEX) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan terkemuka Pakistan, Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) telah memperkenalkan dron berani mati dinamakan BLAZE-25 yang sekali pandang rekabentuk adalah hampir sama seperti dron berani mati terkenal buatan Russia, LANCET.
Dron berani mati LANCET yang dibangunkan oleh syarikat ZALA AERO, yang merupakan anak syarikat kepada Kalashnikov Concern,anak syarikat kepada Kalashnikov yang bertanggungjawab membangunkan senjata api AK-47 yang terkenal di seluruh dunia.
Dron berani mati LANCET begitu terkenal kerana kemampuan dan keberkesanannya membedil sasaran-sasaran bernilai tinggi milik tentera Ukraine.
Dron berani mati BLAZE-25 yang memiliki berat keseluruhan sebanyak 25kg itu telah dipertontonkan kepada orang ramai pada pameran International Defence Exhibition & Conference (IDEX) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
BLAZE-25 seberat 25kg itu adalah dron berani mati paling ringan di dalam keluarga dron BLAZE diikuti oleh dron berani mati BLAZE-50 seberat 50kg manakala BLAZE-75 adalah drone berani mati yang paling berat dalam keluarga BLAZE.
BLAZE-25 adalah dron berani mati yang dilancarkan menggunakan tiub untuk membedil sasaran jarak dekat.

Dengan berat 25 kg, dron berani mati paling ringan dalam keluarga dron berani mati BLAZE itu menggunakan sistem pendorongan elektrik, yang menjadikannya amat bersesuaian untuk misi yang memerlukan jejak akustik dan thermal yang rendah.
Ia mampu beroperasi sehingga jarak 75 km atau bertahan di udara selama 60 minit, membolehkannya melaksanakan serangan taktikal dalam senario jarak dekat.
Apabila digunakan hanya sebagai dron, Blaze 25 mempunyai pautan data-link sejauh 10 km, yang jauh lebih pendek berbanding jarak serangannya.
Ini menunjukkan kehadiran keupayaan penyasaran autonomi, membolehkannya beroperasi secara bebas selepas dilancarkan.
Keluarga dron berani mati BLAZE dijangka akan memainkan peranan penting dalam perkembangan keupayaan sistem dron berani mati Angkatan Tentera Pakistan.
Salah satu ciri terpenting bagi BLAZE-25 adalah dwi-fungsinya, di mana ia boleh berfungsi sebagai dron berani tradisional atau sebagai dron untuk misi-misi pengawasan.


Apabila beroperasi sebagai dron pengawasan, ia mengekalkan data-link sejauh 10km yang jauh lebih pendek berbanding jarak operasi maksimumnya sejauh 75km.
Ini menunjukkan integrasi kemampuan mencari sasaran secara autonomi yang membenarkannya untuk beroperasi secara sendirian sebaik sahaja dikerahkan bagi mengurangkan risiko daripada dipintas (jamming) atau berhadapan dengan gangguan signal.
Pendedahan dron berani mati BLAZE-25 oleh Pakistan pada IDEX-25 menunjukkan peranan yang semakin penting dimainkan oleh dron-dron berani mati dalam peperangan dan konflik moden.
Sistem dron berani mati telah menunjukkan keberkesannya dalam konflik-konflik terkini, memberikan kemampuan kepada angkatan tentera dengan kemampuan bedilan tepat secara kos-effektif terhadap sasaran-sasaran bernilai tinggi.
