Pakistan Laksana Latihan Pelancaran Peluru Berpandu Ballistik Jarak Sederhana “Shaheen-II”
Peluru berpandu ballistik jarak sederhana ,“Shaheen-II” itu yang dibangunkan oleh National Engineering and Scientific Commission (NESCOM) itu juga boleh dilengkapkan dengan peledak konvensional dan juga nuklear.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Pakistan telah melaksanakan latihan pelancaran (training launch) peluru berpandu ballistik jarak sederhana miliknya, “Shaheen-II” (Hatf-6) yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 2,000km dengan darjah ketepatan yang tinggi.
Peluru berpandu ballistik jarak sederhana ,“Shaheen-II” itu yang dibangunkan oleh National Engineering and Scientific Commission (NESCOM) itu juga boleh dilengkapkan dengan peledak konvensional dan juga nuklear.
Peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Shaheen-II” dikatakan adalah antara peluru berpandu paling moden dimilik oleh tentera Pakistan, dengan kemampuan Multiple Independent Re-Entry Vehicle (MIRV).
“Latihan pelancaran (peluru berpandu ballistik Shaheen-II) itu bertujuan melatih anggota tentera, memperakui pelbagai parameter teknikal dan penilaian prestasi pelbagai sub-sistem bertujuan untuk meningkatkan ketepatannya dan memperbaiki survivalbiliti,” menurut unit perhubungan awam Angkatan Tentera Pakistan dalam satu kenyataan harii ini.
Latihan pelancaran peluru berpandu ballistik “Shaheen-II” itu disaksikan pegawai-pegawai kanan tentera daripada Divsyen Rancangan Strategik, Pusat Pemerintahan Pasukan Strategik, saintis dan jurutera-jurutera.
Pengarah Divisyen Pemerintahan Pasukan Strategik menghargai kemampuan teknikal, dedikasi dan komitmen daripada saintis-saintis yang menyumbang kepada kejayaan itu.
Tentera Pakistan dilaporkan mula membangunkan peluru berpandu ballistik pada awal 2000 dan mula memasuki perkhidmatan strategik tentera negara itu pada tahun 2014.
Berat keseluruhan peluru berpandu ballistik itu adalah kira-kira 24,000 kg dan boleh dilengkapi dengan 1,200kg peledak konvensional.
Peluru berpandu ballistik “Shaheen-II” adalah peluru berpandu dua tahap (two-stage) yang menggunakan solid-propellant, manakala sistem panduannya pula menggunakan Inertial dan Terminal dengan Circular Error Probable (CEP) 350m.
Pihak Amerika Syarikat pada 2017 percaya tentera Pakistan memiliki sehingga 50 butir peluru berpandu ballistik “Shaheen-II” dan jumlah peluru berpandu ballistik itu berkemungkinan besar telah meningkat satu atau dua kali ganda.
Pada Januari lalu, Pakistan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu Fatah-II dibangunkan oleh pakar-pakar persenjataan dalam negaranya, dalam apa yang disifatkan oleh penganalisis serantau sebagai satu lagi “pertunjukkan kekuatan” kepada negara-negara jirannya terutama India dan mungkin, Iran.
Peluru berpandu jarak dekat Fatah-II yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 400km merupakan varian terbaru daripada peluru berpandu Fatah-I yang hanya mampu memusnahkan sasarannya sejauh 150km.
Fatah-II merupakan suatu lonjakan kemampuan daripada varian terdahulunya, Fatah-I yang dbangunkan pada tahun 2021.
Dan pada Oktober tahun lepas, tentera Pakistan telah melancarkan ujian pelancaran kedua peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” yang dibangunkan untuk membawa Multiple Independently Targetable Re-Entry Vehicle (MIRV).
Pakistan merupakan negara pertama di Asia Selatan melaksanakan ujian pelancaran terhadap peluru berpandu ballistik “Ababeel” yang dilengkapkan dengan keupayaan MIRV, mengatasi negara jiran dan “musuh ketatnya” India yang masih belum mencapai tahap kemajuan itu dalam program pembangunan peluru berpandu ballistiknya.
Peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” berkeupayaan MIRV itu mampu membedil sasaran sejauh 2,200km.
Ujian pelancaran peluru berpandu ballistik jarak sederhana dengan kemampuan MIRV itu juga menunjukkan bahawa Pakistan terus-menerus mencapai kemajuan dalam untuk memiliki kemampuan untuk “menembusi” sistem pertahanan peluru berpandu ballistik India.
Peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ababeel” itu masih diperingkat pembangunan. — DSA
Comments are closed.