Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Belanja US$3.5 Billion Perolehi 36 Buah Helikopter Penyerang Apache AH-64E

Perolehan terkini yang dilakukan secara kerajaan-dengan-kerajaan dibawah “Foreign Military Sales” itu akan menjadikan jumlah keseluruhan helikopter penyerang Apache yang akan dimiliki oleh Angkatan Tentera Korea Selatan adalah sebanyak 72 buah. Pada 2013, Seoul memperolehi 36 buah helikopter penyerang Apache.

0 2,209

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia telah meluluskan penjualan sehingga 36 buah helikopter penyerang AH-64E Apache yang dianggarkan bernilai US$3.5 billion (RM15.30 billion) kepada Korea Selatan.

Korea Selatan juga akan memperolehi sehingga 76 buah enjin GE T700 yang akan digunakan oleh helikopter terbabit (setiap sebuah helikopter akan menggunakan dua enjin) serta empat buah enjin lain sebagai simpanan.

Setiap helikopter penyerang itu juga akan dilengkapkan dengan AN/ASQ-170 Modernized Target Acquisition and Designation Sight.

Perolehan terkini yang dilakukan secara kerajaan-dengan-kerajaan dibawah “Foreign Military Sales” itu akan menjadikan jumlah keseluruhan helikopter penyerang Apache yang akan dimiliki oleh Angkatan Tentera Korea Selatan adalah sebanyak 72 buah.

Angkatan Tentera Korea Selatan telah pun memiliki 36 buah helikopter penyerang AH-64E Apache sebelum ini yang diperolehinya pada 2013, dengan kesemua helikopter penyerang yang dibangunkan oleh syarikat Boeing.

Apache
Helikopter penyerang AH-64 “Apache”

 

Pada ketika ini Korea Selatan mengoperasikan dua batalion helikopter penyerang AH-64E.

Korea Selatan turut memperolehi ratusan peluru berpandu untuk melengkapkan helikopter-helikopter penyerang itu termasuk 456 peluru berpandu “Hellfire”, peluru berpandu “Captive” untuk latihan dan 152 buah peluru berpandu Joint Air-to-Ground Missiles.

“Cadangan penjualan ini (helikoopter Apache) ini akan menyokong matlamat dasar luar dan keselamatan Amerika Syarikat dengan meningkat keselamatan sekutu utama yang merupakan sumber kekuatan kepada kestabilan politik dan ekonomi di rantau Indo-Pasifik.”

“Cadangan penjualan itu akan meningkatkan kemampuan Korea Selatan menangani ancaman masa kini dan masa depan,” menurut kenyataan oleh Defense Security Cooperation Agency (DSCA), sebuah agensi dibawah Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Walaupun cadangan penjualan itu telah pun diumumkan, namun ia tetap memerlukan kelulusan daripada Kongres Amerika Syarikat sebelum penjualan itu benar-benar menjadi realiti.

Helikopter penyerang Apache AH-64E adalah varian terkini helikopter penyerang itu yang dilengkapi dengan sistem komunikasi, navigasi, sensor dan persenjataan canggih, selain, sistem “Modernized Target Acquisition Designation” yang memberikan maklumat tidak kira pada siang, malam dan dalam semua keadaan cuaca.

Apache
Apache AH-64

 

Sistem Fire Control Radar juga telah dipertingkatkan untuk beroperasi pada suasana maritime.

Dengan perolehan tambahan helikopter penyerang Apache AH-64E, tentera Korea Selatan juga akan menamatkan perkhidmatan helikopter penyerang Bell AH-1S Cobra yang digunakannya sejak beberapa lama.

Penambahan bilangan helikopter penyerang Apache menerusi pembelian tambahan helikopter itu adalah untuk meningkatkan lagi kemampuannya angkatan tentera Korea Selatan bagi menangani ancaman armor daripada tentera Korea Utara.

Korea Selatan juga dilaporkan telah meningkatkan helikopter Apache yang dibelinya pada 2013 itu kepada versi terbaru “v6.”

Selain itu, Boeing yang membangunkan helikopter penyerang Apache juga dikatakan menawarkan untuk memasang helikopter penyerang itu di Korea Selatan.  — DSA

 

 

Comments
Loading...