Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakistan Dedah Model Pesawat Pejuang Generasi Baru, JF-17 PFX (Pakistan Experimental Complex)

Pesawat pejuang generasi baru,  JF-17 PFX itu akan memastikan Tentera Udara Pakistan memiliki pesawat pejuang yang bukan sahaja mampu bersaing tetapi berpotensi mengatasi kemampuan pesawat-pesawat pejuang yang dimiliki oleh negara lain di rantau itu, seperti Tejas Mk11, Rafale dan Su-30MKI milik jiran terdekat dan musuh tradisinya, India.

0 4,156
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Buat pertama kalinya, Pakistan telah mendedahkan model pesawat pejuang generasi baharu miliknya dikenali dengan nama, JF-17 PFX (Pakistan Experimental Complex) yang merupakan hasil kerjasama di antara Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu Aircraft Corporation (CAC).
Model pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang menggambarkan kekuatan udara Pakistan pada masa depan itu dipamerkan semasa Pameran dan Seminar Pertahanan Antarabangsa (IDEAS) 2024 di Karachi, yang berakhir pada 22 November lalu.
Pesawat pejuang generasi baru,  JF-17 PFX itu akan memastikan Tentera Udara Pakistan memiliki pesawat pejuang yang bukan sahaja mampu bersaing tetapi berpotensi mengatasi kemampuan pesawat-pesawat pejuang yang dimiliki oleh negara lain di rantau itu, seperti Tejas Mk11, Rafale dan Su-30MKI milik jiran terdekat dan musuh tradisinya, India.
Pesawat pejuang generasi baru Pakistan itu,  JF-17 PFX itu akan memastikan Pakistan menangani India di dalam aspek kekuasaan udara di rantau.
Program pembangunan pesawat pejuang experimental JF-17 PFX itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan dilakukan oleh Pakistan untuk memodenkan tentera udaranya bagi mengurangkan kebergantungannya terhadap negara asing dan memastikan industri pertahanannya lebih berdikari.
Pegawai Tentera Udara Pakistan di IDEAS 2024 berkata bahawa pembangunan pesawat JF-17 PFX itu dijangka selesai sebelum penghujung dekad ini.

JF-17

Pegawai kanan kerajaan Pakistan memberitahu  bahawa JF-17 PFX akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara (AAM) jarak jauh yang lebih canggih berbanding versi terdahulu varian terkini pesawat pejuang JF-17 “Thunder”.
Selain itu Pakistan juga merancang untuk menghasilkan sistem radar pesawat ini secara tempatan.
Antara AAM jarak jauh yang dijangka diperoleh Pakistan untuk JF-17 PFX termasuk varian terkini peluru berpandu PL-15 buatan China.
PL-15 merupakan peluru berpandu udara ke udara (AAM) standard China yang dilengkapi panduan radar aktif, dan dikatakan direka bukan sahaja untuk menyamai tetapi mengatasi prestasi peluru berpandu udara ke udara AIM-120D AMRAAM buatan Amerika Syarikat.
Peluru berpandu udara ke udara PL-15 itu menggunakan motor roket dwi-nadi (dual-pulse motor) yang memberikan ia jarak operasi sehingga 124 batu (200 km).
Satu lagi ciri penting adalah “two-day datalink” yang membolehkan pesawat mengemaskini panduan (guidance) kepada peluru berpandu tersebut.
JF-17
JF-17 “Thunder”
Seeker peluru berpandu udara ke udara PL-15  ini menggunakan teknologi Active Electronically Scanned Array (AESA) dengan mod aktif dan pasif, yang dikatakan menawarkan daya tahan lebih baik terhadap terhadap usaha-usaha countermeasures musuh berbanding peluru berpandu udara ke udara China sebelumnya.
Selain menjadi peluru berpandu udara ke udara utama untuk pesawat pejuang generasi kelima China J-20 “Mighty Dragon”, peluru berpandu udara ke udara PL-15  itu turut digunakan oleh kebanyakan pesawat pejuang moden China yang lain, termasuk J-10C, J-11B, J-15, dan J-16.
Pada tahun 2022, Pakistan mula menerima peluru berpandu PL-15 untuk digunakan pada JF-17C Blok III, model terkini pesawat ini, yang dilancarkan oleh PAC di fasiliti produksinya di Kamra, utara Islamabad, pada tahun 2023.
PAF menyatakan bahawa pesawat Blok III menawarkan keupayaan yang lebih baik berbanding versi Blok II.
Baru-baru ini, Defence Security Asia melaporkan bahawa produksi pesawat pejuang JF-17 Block III oleh Pakistan telah pun melebihi 20 buah dan semakin menghampiri 30 unit pesawat pejuang JF-17 Block III yang dipesan oleh Pakistan untuk tentera udaranya.
Pesawat pejuang JF-17 Block III adalah varian terkini pesawat pejuang JF-17, dimana varian terkini itu telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 dan memasuki produksi bersiri (serial production) pada 2022.  
PL-15
PL-15 BVRAAM
JF-17
JF-17
Peningkatan paling utama varian terkini JF-17 Block III itu adalah ia kini dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) KLJ-7A , Helmet Mounted Display and Sight (HMD/S) dan sistem bersepadu Electronic Countermeasures (ECM).
Bagi sistem persenjataannya, varian terkini JF-17 Block III berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15E, yang didakwa boleh membedil sasaran lebih daripada 200km.
Selain itu, ia juga berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara PL-10E High-Off Boresight yang boleh dipandu hanya menggunakan Helmet Mounted Display and Sight (HMD/S) semasa pertempuran udara Within Visual Range.
Terdapat juga laporan menyatakan bahawa varian terkini pesawat pejuang JF-17 Block III itu kini berkeupayaan melancarkan peluru berpandu kruis lancaran udara (ALCM – Air Launched Cruise Missile) “Taimur” yang boleh digunakan terhadap sasaran statik dan bergerak termasuk kapal-kapal perang dengan jarak bedilan sejauh 280km.
Varian terkini pesawat pejuang JF-17 Block III dilaporkan mempunyai persamaan dengan pesawat pejuang buatan China, JF-10C yang turut digunakan oleh Tentera Udara Pakistan.
Pesawat pejuang JF-17 Block III  juga dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”. — DSA

 

 

Comments
Loading...