Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Norway Aktifkan Semula Stesen Udara Di Dalam Gunung Selepas 40 Tahun Tidak Digunakan

Berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Eropah akibat Perang Russia-Ukraine, Norway telah bertindak mengaktifkan kembali sebuah stesen udaranya yang terletak di kawasan pergunungan Bardufoss di Malsey selepas 40 tahun kemudahan itu ditinggalkan dan tidak digunakan.

0 1,148

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Eropah akibat Perang Russia-Ukraine, Norway telah bertindak mengaktifkan kembali sebuah stesen udaranya yang terletak di kawasan pergunungan Bardufoss di Malsey selepas 40 tahun kemudahan itu ditinggalkan dan tidak digunakan.

Dinamakan Bardufoss Air Station, kemudahan itu stesen udara itu termasuk hangar dan kemudahan-kemudahan lain terletak di dalam kawasan pergunungan itu.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Norway telah mengeluarkan gambar-gambar pesawat pejuang F-35 milik negara itu diletakkan di dalam stesen udara Bardufoss yang terletak di dalam kawasan pergunungan itu.

Gambar-gambar itu menunjukkan dua buah pesawat pejuang F-35 millik Tentera Udara Norway berada di dalam stesen udara di dalam gunung itu.

Keseluruhannya, Tentera Udara Norway memiliki 52 buah pesawat pejuang generasi kelima F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat dan kesemua pesawat itu dilaporkan boleh ditempatkan di dalam Stesen Udara Bardufoss di dalam pergunungan itu.

Norway

Tentera Udara Norway mengaktifkan semula stesen udara dibina pada 1938 itu untuk menempatkan pesawat-pesawat pejuang F-35 miliknya, yang memberikan perlindungan terhadap pesawatnya daripada ancaman serangan udara termasuk daripada pesawat pejuang dan dron-dron musuh.

Di dalam konflik,ia mahukan pesawat-pesawat pejuangnya di dalam keadaan yang selamat dan mudah beroperasi daripada mana-mana stesen udara.

Mengambil pengajaran daripada konflik Russia-Ukraine ketika ini memperlihatkan bagaimana pesawat-pesawat pejuang kedua-dua pihak yang bertelagah itu yang diletakkan secara terbuka di tarmac atau hangar terbuka telah dengan mudah dimusnahkan sama ada oleh serangan peluru berpandu atau dron-dron berani mati.

Norway enggan mengambil risiko pesawat-pesawat pejuangnya seperti F-35 dimusnahkan dengan mudah dan mengambil keputusan untuk mengaktifkan stesen udara di dalam gunungnya itu untuk menyimpan pesawat-pesawat pejuangnya.

Dalam NATO, konsep ini dikenali sebagai Agile Combat Employment (ACE).

Norway

Mula dipraktikkan sejak era Perang Dingin, ACE telah menarik minat semula memandangkan kemungkinan rantau itu kembali kepada perang berskala tinggi.

Semasa konflik, lokasi stesen udara dan pangkalan operasi yang berpecah dan pelbagai membolehkan tentera udara mengelirukan musuh dalam penentuan sasaran dengan memperbanyakkan lokasi operasi menggunakan lapangan terbang awam atau pangkalan jalan yang diimprovisasi.

Pegawai kanan Tentera Norway Brig Jen Tron Strand dipetik sebagai berkata bahawa Stesen Udara Bardufoss itu bukan sahaja digunakan oleh pesawat-pesawat  pejuang negara itu tetapi juga oleh pesawat pejuang negara-negara sekutunya.

“Stesen Udara Bardufoss memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kuasa udara Norway dan negara-negara sekutunya,” kata beliau.

Norway adalah antara paling awal menganggotai NATO dan sudah pasti kemudahan dalam pergunungan Bardufoss itu akan turut digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang NATO dalam sebarang konfliknya dengan Russia, sekiranya ia berlaku. — DSA

Comments
Loading...