Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Adakah Dua Rakyat M’sia Yang Ditahan Merupakan Perisik Siber China?

0 366

Amerika Syarikat mendakwa tujuh penggodam (hackers), terdiri daripada lima rakyat  China dan dua Malaysia bertindak mencuri identiti serta teknologi permainan, menuntut wang tebusan selain mengintip aktivis Hong Kong.

Dua rakyat tempatan itu telah pun ditahan dan Washington sedang memohon supaya mereka diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan, manakala lima rakyat China itu masih bebas.

Ketujuh-tujuh penggodam itu dipercayai telah menjalankan aktiviti mereka selama enam tahun dengan suspek dari China disyaki beroperasi di Chengdu 404.

Syarikat Chengdu 404 yang berpusat di Sichuan menawarkan perkhidmatan jaringan keselamatan kepada syarikat perniagaan.

Kemungkinan ia adalah satu lagi front kepada agensi perisikan China, sebagaimana tekaan admin.

pix sourced from internet.

Admin mengesyaki ketujuh-tujuh mereka sama ada secara sedar atau tidak sedar bekerja untuk agensi perisikan China dalam mencuri identiti mangsa yang termasuk aktivis-aktivis pro-demokrasi Hong Kong.

Menurut laporan agensi berita AFP,  ketujuh-tujuh penggodam itu dipercayai menceroboh ratusan komputer syarikat di seluruh dunia bagi mengumpul identiti, menceroboh sistem komputer untuk memperoleh wang dan menggunakan ribuan komputer bagi melakukan tukaran wang kripto seperti bitcoin.

Mereka dikenal pasti oleh pakar keselamatan siber sebagai ‘organisasi penggodam’ APT41 berdasarkan perkakasan dan teknik yang digunakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan mahkamah, Jiang Lizhi, seorang penggodam Chengdu 404, dikatakan memberitahu rakannya pada tahun 2012 dia dilindungi Kementerian Keselamatan Negara China.

“Beberapa pelaku jenayah percaya hubungan mereka dengan kerajaan China memberi mereka lesen untuk menggodam dan mencuri (maklumat) di seluruh dunia,” kata Pendakwa Persekutuan, Jiang Lizhi, dalam satu kenyataan sebagaimana dilaporkan.

Dua tahun lepas, Chengdu 404 menghasilkan program untuk mengumpul maklumat membabitkan individu yang terbabit dalam gerakan demokrasi di Hong Kong, termasuk laporan media AS mengenai layanan China terhadap minoriti Uighur di Xinjiang dan sami Buddha di Tibet.

Pendakwaan tidak menjelaskan bagaimana maklumat berkenaan digunakan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...