Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Korvet Kelas-Babur (PN MILGEM) Ke-4 Pakistan Bakal Dilancar

Rekabentuk kapal korvet MILGEM kelas-Ada (sebagaimana kelas-Babur atau PN MILGEM tetapi lebih berat) digembar-gemburkan sebagai rekabentuk pilihan untuk kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang bakal dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

0 2,887

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Pakistan bakal melancarkan kapal korvet kelas-Babur  (PN MILGEM) “Tariq”  yang keempat dan yang terakhir tidak lama lagi hasil kerjasama negara itu dengan Turkiye, dimeterai pada tahun 2018.

Korvet kelas-Babur Tentera Laut Pakistan (Babur F-280, Badr F281, Khaibar F-282  dan Tariq F-283)  adalah berdasarkan kepada rekabentuk korvet kelas-Ada dibawah program MILGEM, yang merupakan projek pembinaan kapal-kapal tentera laut kebangsaan Turkiye.

Rekabentuk kapal korvet MILGEM kelas-Ada (sebagaimana kelas-Babur atau PN MILGEM tetapi lebih berat) digembar-gemburkan sebagai rekabentuk pilihan untuk kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang bakal dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

MILGEM

Mungkin adalah MAS MILGEM selepas ini?

Malaysia dikatakan akan memperolehi tiga buah kapal LMS Batch 2 pada tahun ini dan lima buah lagi pada Rancangan Malaysia seterusnya, dengan Turkiye menjadi pilihan utama sebagai rakan kerjasama dalam pembinaan kapal-kapal itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan telah pun berkunjung ke Turkiye baru-baru ini.

Mungkin berdasarkan kepada rekabentuk korvet kelas-Babur milik Tentera Laut Pakistan ini, ia dapat memberikan sedikit-sebanyak gambaran tentang rekabentuk dan spesifikasi kapal-kapal LMS Batch 2 yang bakal dimiliki oleh TLDM itu.

Turkiye dan Pakistan menandatangani perjanjian pembinaan empat buah kapal korvet kelas-Babur (korvet kelas-MILGEM) pada 2018, dengan dua daripada kapal perang itu dibina di Istanbul Shipyard dan dua buah lagi di Karachi Shipyard & Engineering Works (KSEW)

Dua buah kapal perang itu dijangka ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Pakistan pada tahun ini, manakala dua lagi pada tahun depan selepas selepas segala ujian-ujian di pelabuhan dan lautan selepas diselesaikan.

MILGEM

Mengenai spesifikasi keempat-empat kapal korvet kelas Babur, ia dilengkapi dengan beberapa sistem radar, termasuk radar SMART-S Mk2 passive electronically scanned array (PESA) dan the Aselsan ALPER low-probability-of-intercept radar (LPI), bersama-sama dengan AKREP (AKR-D Block B-1/2) radar kawalan penembakan.

Kapal-kapal korvet kelas-Babur (kelas-MILGEM) seberat 2,900 tan itu juga dilengkapi dengan sistem sonar Meteksan YAKAMOS sebagai sistem sonar utamanya.

Untuk kelengkapam peperangan elektroniknya pula, kapal-kapal korvet terbabit dipasang dengan sistem radar ESM Aselsan ARES-2N, bersama-sama dengan modul Electronic Intelligence (ELINT) dan Signal Intelligence (SIGINT).

Keempat-empat kapal memiliki kelajuan makisima 27-31 knots dan jarak operasi 3,500 batu nautika dengan ketahanan berada di lautan selama 15 hari.

Bagi sistem persenjataannya pula,kapal-kapal korvet kelas-Babur itu akan memiliki kemampuan yang pelbagai.

MILGEM
Ujian pelancaran peluru anti-kapal “Harbah”

 

Untuk sistem peluru berpandu anti-kapalnya,  kapal perang itu berkemungkinan akan dilengkapi dengan enam butir peluru berpandu “Harbah”  yang dibangunkan oleh syarikat Pakistan,GIDS (Global Industrial Defence Solutions).

Peluru berpandu subsonic anti-kapal itu yang boleh membedil kapal dan sasaran-sasaran darat memiliki jarak sehingga 280km.

Untuk sistem pertahana udaranya, kapal-kapal korvet itu akan dilengkapi dengan dengan 12 sel Vertical Launching System (VLS) untuk melancarkan peluru berpandu Albatros NG dibangunkan oleh firma pertahanan Eropah,MBDA.

MILGEM

Untuk peperangan anti-kapal selamnya pula,  kapal akan dilengkapi tiub pelancar torpedo Mark 32 324mm serta helikopter untuk tugas anti-submarine warfare (ASW) AgustaWestland AW159 Wildcat.

Kapal-kapal korvet kelas-Babur akan dilengkapi dengan meriam OTO Melara 76mm, close-in weapon system (CIWS) Aselsan GOKDENIZ 35mm dan dua Aselsan STOP 25mm remote weapon stations (RWS) untuk menangani ancaman udara dan permukaan pada jarak dekat. — DSA

 

Comments
Loading...