Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam Beroda Keluaran China, SH-15 Bakal Sertai Persaingan Di Malaysia

China North Industries Group Group Corporation Ltd (NORINCO) telah ditubuhkan pada tahun 1980 dan merupakan salah satu kontraktor pertahanan terbesar di dunia. Syarikat milik kerajaan China itu turut membangunkan sistem meriam beroda 155mm 52 cal untuk tentera darat China, dipanggil PCL-181, manakala versi eksportnya pula dipanggil SH-15.

0 3,771

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika Kementerian Pertahanan mengiklankan tender terbuka antarabangsa untuk 18 unit meriam beroda (self propelled howitzer – SPH) bagi menggantikan cadangan perolehan sistem “Yavuz” yang dibuat secara rundingan terus sebelum ini,  maka besar kemungkinan persaingan tender terbuka  itu ia akan turut disertai oleh gergasi pertahanan China.

China North Industries Group Group Corporation Ltd (NORINCO), syarikat milik negara telah ditubuhkan pada tahun 1980 dan merupakan salah sebuah kontraktor pertahanan terbesar di dunia.

Syarikat milik kerajaan China itu menghasilkan pelbagai jenis sistem persenjataan daripada pistol kepada peluru berpandu kruis untuk Angkatan Tentera China dan pelanggan luar termasuk beberapa negara di Asia Tenggara.

SH-15
SH-15

 

NORINCO turut membangunkan sistem meriam beroda 155mm 52 cal untuk tentera darat China, dipanggil PCL-181, manakala versi eksportnya pula dipanggil SH-15.

Sistem meriam itu telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera darat China pada 2018-2018.

Beberapa buah negara di seluruh dunia merupakan pengguna kepada sistem meriam beroda SH-15 itu, antaranya adalah Pakistan yang muncul sebagai antara negara terawal yang memperolehi sistem meriam itu.

Pada 2019 ia telah menandatangi kontrak untuk memperolehi sejumlah 236 meriam beroda itu daripada China dan baru-baru, ia telah menerima penghantaran 56 buah sistem meriam beroda itu.

Tahun ini, laporan media pertahanan juga mengatakan Ethiopia juga telah memesan 32 buah meriam beroda SH-15 untuk tentera daratnya.

SH-15

Dengan berat keseluruhan mencecah 22 tan, sistem meriam beroda SH-15 itu menggunakan trak Shaanxi 6×6 bagi membolehkan ia diatur-gerak menggunakan jalan berturap dan tidak berturap dengan pantas ke lokasi.

Kenderaan juga dilengkapi dengan mesingan 12.7mm untuk pertahanan.

Ia memerlukan enam orang krew untuk mengendalikan sistem meriam beroda itu. Kesemua krew dilindungi oleh kompartment armor bagi memberikan perlindungan daripada serpihan letupan dan tembakan senjata ringan.

Sistem meriam beroda SH-15 itu dikatakan boleh menembak peluru mengikut standard NATO atau peluru-peluru yang dikeluarkan oleh syarikat NORINCO itu sendiri.

Jarak tembakan sistem meriam beroda SH-15 itu boleh menjangkau sehingga 53km sekiranya ia ditembak menggunakan Rocket-Assisted Projectile (RAP) yang dibangunkan sendiri oleh syarikat NORINCO.

Ia boleh menembak di antara empat hingga enam butir peluru di dalam tempoh seminit.

SH-15

Tempoh conversion sistem meriam beroda SH-15 daripada mod bergerak kepada mod penembakan adalah satu minit, bagi membolehkan ia melakukan tembakan dengan cepat dan beredar ke lokasi lain sebelum pihak musuh melakukan serangan balas.

Meriam SH-15 itu dikawal oleh Fire Control System bagi memastikan setiap penembakannya adalah tepat ke sasaran.

Sistem meriam itu direkabentuk supaya mudah untuk diaturgerak menggunakan pesawat pengangkut medium ke mana-mana lokasi

Bagaimana pula harga, satu unit sistem meriam beroda SH-15 itu dikatakan bernilai US$2.1 juta (RM8.4 juta) berdasarkan kepada urusan pembelian oleh Pakistan.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan bertindak membatakan perolehan secara rundingan terus sistem meriam bergerak (SPH) “Yavuz” 155mm 52 Cal buatan sebuah syarikat Turki dan akan melakukan perolehan sistem itu secara rundingan terus, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...