Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Sahkan Ada Anggotanya Positif COVID-19

0 378

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan terdapat warganya disahkan positif COVID-19.

Panglimanya Jen Tan Sri Affendi Buang berkata perkara itu wajar ditangani mengikut prosedur dan arahan yang dikeluarkan kepada setiap pemerintahan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM.

ATM

“Adalah tidak dinafikan bahawa risiko kebolehjangkitan wabak ini dalam kalangan warga ATM, adalah sama seperti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.

“Walau bagaimanapun, melalui pengarahan yang dikeluarkan, setiap anggota diingatkan untuk memahami aspek kawalan kendiri,” katanya dalam kenyataan dan menambah, tindakan perlu diambil bagi mengurangkan risiko kebolehjangkitan sama ada semasa bertugas, mahupun menguruskan kehidupan sosial bersama keluarga dan komuniti berhampiran.

ATM

ATM menurutnya sentiasa memastikan setiap peringkat keanggotaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SOP adalah untuk memastikan kesiagaan mereka berada ditahap terbaik sebilang masa, kerana mereka merupakan petugas barisan hadapan negara, kata beliau.

Affendi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, yang boleh mewujudkan kebimbangan atau kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...