Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah Pesawat Pengintip Kesan Pelancaran Peluru Berpandu Ballistik Di China

Pesawat pengintip elektronik milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu, “RC-135S” yang secara spesifiknya digunakan untuk mengesan pelancaran peluru berpandu ballistik telah melakukan penerbangan pengintipan di kawasan pesisir pantai Laut Kuning (Yellow Sea) pada Sabtu dan Ahad.

0 3,161

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa hari lepas, tentera Amerika Syarikat telah mengerah beberapa pesawat pengintip elektroniknya ke kawasan-kawasan pesisir pantai China untuk mengumpul maklumat tentang kemungkinan pelancaran peluru berpandu ballistik oleh tentera negara itu.

Pesawat pengintip elektronik milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu, “RC-135S Cobra Ball” yang secara spesifiknya digunakan untuk mengesan pelancaran peluru berpandu ballistik telah melakukan penerbangan pengintipan di kawasan pesisir pantai Laut Kuning (Yellow Sea) pada Sabtu dan Ahad.

Pada Sabtu dan Ahad itu, pesawat pengintip elektronik Amerika Syarikat itu dikesan berlepas daripada pangkalan udara Kadena di Okinawa, Jepun sebelun melintasi Air Defence Identification Zone (ADIZ) China dan melakukan “close-in reconnaissance” aktiviti ketenteraan di Qingdao, wilayah Shandong.

Kawasan “operasi pengintipan” pesawat Amerika Syarikat itu hanya kira-kira 20 batu nautika daripada kawasan perairan (territorial waters) China.

Menurut pemerhati ketenteraan China, pesawat-pesawat pengintip Amerika Syarikat dikesan meningkatkan aktiviti mereka di Laut Kuning, Laut China Timur (East China Sea) dan Laut China Selatan.

Cobra Ball
Pesawat pengintip Amerika Syarikat “RC-135S Cobra Ball”

 

Pesawat “RC-135S” ini yang sarat dengan pelbagai peralatan elektronik canggih sememangnya digunakan oleh Amerika Syarikat untuk mengumpul maklumat tentang pelancaran peluru berpandu ballistik, signal elektronik, lokasi tapak pelancaran peluru berpandu serta radar dan pelbagai maklumat elektronik yang lain.

Peningkatan aktiviti pengintipan oleh pesawat-pesawat Amerika Syarikat ini menyusul selepas tentera China pada Ogos melancarkan dua peluru berpandu ballistik jarak dekatnya yang baru di sebuah padang pasir di utara negara itu.

Tentera Amerika Syarikat mungkin menjangkakan bahawa China akan melakukan pelancaran peluru berpandu ballistik lagi  tidak lama lagi dalam latihan tentera besar-besaran yang diadakan di Laut Bohai dan Laut Kuning bermula 29 Ogos hingga 12 September ini, sebagaimana yang diumumkan oleh pihak Pentadbiran Keselamatan Maritim (MSA) negara itu.

Beberapa hari lepas, penduduk di kawasan pedalaman di utara China mendakwa mereka telah melihat suatu pancaran cahaya yang terang.

Ada yang mendakwa ia kemungkinan UFO, manakala penjelasan yang lebih lojik pula mendakwa ia adalah pelancaran peluru berpandu oleh China.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...