Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI Intai Program Penggantian Super Lynx TLDM Menerusi Helikopter “Marineon” MOH

Defence Security Asia difahamkan Korea Aerospace Industries (KAI) bakal mengetengahkan “Marineon” MOH yang merupakan varian marin helikopter “Surion” dibangunkan oleh KAI dan digunakan secara meluas oleh cabang-cabang Angkatan Tentera Korea Selatan.

7,446

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas berjaya membekalkan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) kini dikata “mensasarkan” pula Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sumber-sumber industri memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu berminat untuk terlibat dalam program penggantian helikopter Super Lynx milik TLDM itu.

KAI dikatakan akan terlibat sekiranya Kementerian Pertahanan membuka tender untuk membekalkan helikopter bersesuaian untuk menggantikan enam buah helikopter Super Lynx yang digunakan oleh tentera laut pada ketika ini.

Marineon

 Defence Security Asia difahamkan KAI bakal mengetengahkan “Marineon” MOH (Marine Operation Helicopter) yang merupakan varian marin helikopter “Surion” dibangunkan oleh syarikat  itu dan digunakan secara meluas oleh cabang-cabang Angkatan Tentera Korea Selatan.

Helikopter “Marineon”/”Surion” telah dibangunkan oleh KAI dengan menggabungkan kelebihan-kelebihan teknologi diperolehi menerusi pengoperasian helikopter Amerika Syarikat dan Eropah oleh negara itu, selain menggunakan platform dan sistem yang sudah sedia ada di pasaran.

Konfigurasi helikopter “Marineon” yang diketengahkan oleh KAI untuk memenuhi keperluan TLDM adalah “Marine Operation Helicopter” (MOH), dengan spesfikasi teknikalnya akan ditentukan kemudian oleh TLDM dan KAI.

Konfigurasi MOH helikopter “Marineon” adalah lebih sesuai untuk memenuhi keperluan TLDM.

Selain konfigurasi MOH untuk operasi maritim, helikopter “Marineon” juga memiliki konfigurasi-konfigurasi lain seperti “Marine Utility Helicopter” (MUH), “Marine Attack Helicopter” (MAH) dan “Mines Countermeasure Helicopter” (MCH).

Marineon

 Menurut sumber industri lagi, KAI berkemungkinan menawarkan dua buah helikopter “Marineon” dalam konfigurasi asas MOH secara sewaan menggunapakai konsep “Lease to Own”  sebagai platform latihan manakala enam buah lagi dalam konfigurasi MOH lengkap secara perolehan untuk dipertimbangkan oleh TLDM.

Dua buah helikopter “Marineon” dalam konfigurasi MOH asas itu ditawarkan secara sewaan kepada TLDM untuk tempoh tiga, lima atau tujuh tahun.

Selepas tempoh sewaan itu tamat, helikopter serba baru itu (bukan terpakai) akan menjadi milik penuh TLDM manakala konfigurasinya boleh dipertingkatkan daripada MOH asas kepada MOH yang lengkap dengan segala peralatan serta kelengkapan sebagaimana enam buah helikopter “Marineon” MOH lengkap yang lain.

Mengenai sistem persenjataan yang boleh dibawa oleh helikopter “Marineon” dalam konfigurasi MOH yang lengkap, sumber itu berkata, ia tertakluk kepada pilihan pelanggan.

Secara asasnya,helikopter “Marineon” MOH antaranya itu boleh dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-darat, peluru berpandu udara-ke-udara, torpedo, Gatling Gun, mesingan berat dan lain-lain lagi.

Marineone
Helikopter “Marineon” dalam konfigurasi “Marine Attack Helicopter” (MAH)

Marineon

Manakala bagi sistem sensor pula, helikopter itu boleh dilengkapi dengan Sonarbuoy, Electronic Support Measure (ESM), Forward Looking Infra Red (FLIR), Search Radar dan sebagainya, manakala  untuk tujuan Anti-Submarine Warfare (ASW), helikopter “Marineon” MOH  boleh dilengkapi dengan “dipping sonar” untuk mengesan kehadiran kapal-kapal selam musuh.

Antara ciri-ciri utama helikopter “Marineon” adalah bilah-bilah kipasnya boleh dilipat bagi memudahkan pengendalian oleh krew di platform pendaratannya, anti-corrosion treatment, windshield washer system, long-range HF radio and TACAN serta auxiliary fuel tank system.

Spesifikasi utama helikopter keluaran KAI adalah ia berkemampuan mencapai kelajuan 142 knot, maximum take-off gross weight 19,200 pound, kuasa 1,855shp x 2 dan boleh membawa 13 penumpang termasuk dua orang juruterbang.  

Dalam temuramah dengan akhbar tempatan baru-baru ini, Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata hanya empat helikopter Super Lynx Mk300 itu masih beroperasi pada ketika ini.

“TLDM kini mengendalikan empat daripada enam pesawat (helikopter) untuk operasi peranan maritim bagi menyokong keperluan operasi dan latihan armada.”

Super Lynx
Super Lynx TLDM

 

“Dua (buah) lagi diletakkan di bawah Penyimpanan Jangka Panjang (LTS) disebabkan tiada sokongan keperluan lojistik pesawat,” menurut Abdul Rahman di dalam temuramah terbabit.

Beliau juga berkata, helikopter Super Lynx Mk300 itu akan digantikan dan ia semestinya akan meningkatkan keupayaan unit udara TLDM bagi operasi tertentu.

Dari segi perolehan kata Panglima TLDM, terdapat kemungkinan angkatan itu mendapatkan helikopter itu menerusi kaedah sewa apabila perkhidmatan helikopter Super Lynx Mk300 yang kini menjangkau usia 20 tahun dihentikan secara berperingkat.

Helikopter Super Lynx telah dibangunkan oleh syarikat Augusta Westland (dahulu dikenali sebagai GKN Westland Helicopter). — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.