Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lelaki Dipercayai Anggota Pemisah Patani Mati Ditembak

Pihak keselamatan Thailand telah bertindak mengepong hutan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian lelak terbabit yang aktif di kawasan Saiburi.

0 1,227

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang lelaki bersenjata dipercayai anggota gerakan pemisahan Patani maut dalam satu kejadian berbalas tembak di Saiburi, Pattani semalam.

Pihak keselamatan Thailand telah bertindak mengepong hutan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian lelak terbabit yang aktif di kawasan Saiburi.

Jurucakap polis wilayah Pattani berkata, pihaknya menerima maklumat dari pegawai risikan bahawa terdapat anggota gerakan pemisahan bersembunyi di kawasan tersebut.

Thailand

Bermula pada 7 pagi waktu tempatan semalam,  lebih 100 orang anggota keselamatan Thailand yang lengkap bersenjata api telah mengepung kawasan hutan terbabit.

Pada 2 petang telah berlaku balas tembakan selama 10 minit, menyebabkan anggota gerakan pemisahan itu maut.

Polis menemui sepucuk pistol disisi mayat anggota gerakan itu.

Thailand

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...