Kapal Korvet Kelas-“Ada” Dari STM Turki
Kapal korvet kelas-Ada yang dibangunkan oleh syarikat STM dari Turki ini merupakan kapal korvet anti-kapal selam dan peronda yang dibangunkan khusus untuk Tentera Laut Turki dibawah program pembinaan kapal kebangsaan, MILGEM.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka memulakan perolehan kumpulan kedua lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II pada tahun ini,bagi menambah empat buah kapal LMS yang telah diperolehinya daripada China sebelum ini.
Banyak syarikat-syarikat pembinaan kapal tentera laut dalam dan luar negara telah pun menyatakan hasrat untuk terlibat dalam program pembinaan kapal LMS Batch II Tentera Laut Diraja Malaysia yang dijangka bermula pada tahun ini dan menelan belanja berbilion-bilion ringgit.
Tiga buah LMS Batch II untuk TLDM itu dijangka akan mula dibina pada tahun ini manakala selebihnya lagi akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).
Berbanding dengan empat buah kapal LMS Batch 1 yang hanya dilengkapi meriam kecil, kapal-kapal LMS Batch II yang bakal dibina itu bersaiz lebih besar dan lebih berat serta dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile” (NSM).
Sebab itulah nilai keseluruhan kapal-kapal LMS Batch 11 dijangka bernilai lebih RM6 bilion berbanding hanya RM1 bilion untuk empat buah kapal LMS Batch 1.
Antara syarikat luar negara yang telah pun menyatakan minat mereka untuk membida projek pembinaan kapal-kapal LMS Batch II apabila tender terbuka antarabangsanya dibuka kelak adalah STM daripada Turki.
Sebagaimana diberitahu oleh pengarah pembinaan tentera laut syarikat itu, Mehmet Selahettin Deniz kepada sebuah media pertahanan antarabangsa, hasil daripada pembincangan syarikat itu dengan TLDM, maka ia telah diminta untuk mengemukakan rekabentuk bersesuaian dengan kapal LMS itu.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Hasil daripada itu, syarikat STM telah mengemukakan rekabentuk kapal korvet kelas-“Ada” yang dioperasikan oleh Tentera Laut Turki pada ketika ini.
Tentera Laut Turki mengoperasikan empat buah kapal korvet kelas-Ada pada masa ini manakala kapal kelas yang sama juga sedang dibina untuk Tentera Laut Ukraine.
Kapal korvet kelas-Ada ini merupakan kapal korvet anti-kapal selam dan peronda yang dibangunkan khusus untuk Tentera Laut Turki dibawah program pembinaan kapal kebangsaan, MILGEM.
Kapal korvet kelas-Ada ini dijana oleh sistem Combined Diesel and Gas (CODAG) terdiri daripada satu gas turbin dan dua gas diesel bagi membolehkan kapal mencapai kelajuan maksimum 30 knot dan beroperasi pada radius 3,500 batu nautika dalam kelajuan 15 knot.
Ia boleh membawa 93 orang krew kapal.
Dengan panjang keseluruhan kapal 99.56 meter, kapal korvet kelas-Ada memiliki berat 2,400 tan.
Kapal dilengkapi dengan sistem pengurusan peperangan “GENESIS” yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat pertahanan Turki iaitu, HAVELSAN, Electronic Chart Precise Integrated Navigation System (ECPINS), Integrated Platform Management System (IPMS), SMART-S Mk2 search radar, X-band radar dan fire control radar.
Manakala daripada segi persenjataan pula, ia dilengkapi dengan meriam Oto Melara 76mm Super Rapid, dua Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm dan lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal Harpoon atau Atmaca yang dibangunkan oleh Turki sendiri. (peluru berpandu anti-kapal akan digantikan dengan NSM jika syarikat STM dipilih)
Kapal kelas-Ada juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-pesawat, RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) dan dua pelancar torpedo 324 mm Mk. 46. — DSA
Comments are closed.