Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Arah Pegawainya Beri “Bantuan Menyeluruh” Pada Palestin

Menurut agensi perisikan Korea Selatan,pemimpin Pyongyang itu telah memberikan arahan kepada pegawai-pegawainya untuk memberikan bantuan secara menyeluruh kepada Palestin dalam kempen ketenteraanya menentang rejim Yahudi itu.

0 2,917

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah mengeluarkan arahan kepada pegawai-pegawainya supaya memulakan usaha untuk membantu Palestin dalam konfliknya dengan tentera Israel pada ketika ini.

Menurut agensi perisikan Korea Selatan,pemimpin Pyongyang itu telah memberikan arahan kepada pegawai-pegawainya untuk memberikan “bantuan secara menyeluruh” kepada Palestin dalam kempen ketenteraanya menentang rejim Yahudi itu.

Agensi perisikan Korea Selatan itu bagaimanapun tidak memberikan bentuk atau jenis “bantuan” yang akan disalurkan oleh Korea Utara itu kepada Palestin,walaupun ia berkemungkinan besar membabitkan persenjataan dan maklumat perisikan.

Bagaimanapun, ia berkemungkinan akan membabitkan bantuan senjata terhadap kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin terutamanya Hamas.

Kerajaan Korea Utara menyalahkan Israel menyebabkan pertumpahan darah di Gaza, membebankan pertempuran tentera antara Israel dan kumpulan Hamas.

Korea Utara
Pejuang-pejuang Palestin

 

Ini adalah kali pertama, Rodong Sinmun menerbitkan artikel ringkas mengenai konflik dan korban, memetik laporan media asing.

Rodong Sinmun ialah jurucakap Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara.

Menurut akhbar itu, masyarakat antarabangsa mendakwa pertempuran yang berlanjutan sekarang adalah akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

Justeru itu, katanya, jalan keluar asas ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka.

Tentera Israel mendakwa sebahagian daripada senjata digunakan Hamas dalam kempen ketenteraannya menentang tentera Israel dihasilkan di Iran atau Korea Utara.

Pegawai-pegawai tentera Israel mendakwa kira-kira 20 peratus daripada senjata yang digunakan oleh pejuang Palestin dihasilkan oleh Iran dan Korea Utara.

Palestin
 Kereta kebal Israel dimusnahkan oleh pejuang Palestin.

 

“Saya rasa kira-kira lima hingga 10 peratus daripada senjata di sini (dibuat di Iran), manakala 10 peratus dari Korea Selatan dan selebihnya dihasilkan di Semenanjung Gaza.

“Paling mengejutkan ialah jumlah senjata yang dibawa masuk ke Israel,” kata pegawai tentera Israel yang enggan identitinya didedahkan.

Kumpulan Hamas didakwa menggunakan pelancar roket anti-kereta kebal (Rocket Propelled Grenade) yang dibekalkan oleh Korea Utara dalam perang menentang Israel.

Pejuang Palestin berpangkalan di Gaza itu didakwa membawa pelancar roket F-7 untuk menyasarkan kenderaan perisai milik Israel.

Pelancar roket itu boleh melancarkan satu kepala peledak dan boleh diisi semula dengan pantas, menjadikannya sesuai untuk perang gerila menentang musuh yang menggunakan kenderaan perisai di medan perang. 

Palestin

Senjata yang digunakan oleh Hamas dan dikesan oleh tentera Israel di medan perang adalah dari Pyongyang, kata beberapa pegawai Korea Selatan dan pakar-pakar mengenai senjata Korea Utara.

Mereka berkata bahawa semasa serangan besar-besaran pada 7 Oktober lalu, Hamas juga menggunakan raifal Jenis 58 Korea Utara, yang merupakan varian daripada senapang Kalashnikov.

Kerajaan Korea Utara didakwa secara haram menjual senjata untuk membiayai program senjata nuklearnya.

Pelancar roket F-7 dan pelbagai jenis raifal didakwa telah dijual kepada Iran sebelum diserahkan kepada Hamas.

Bagaimanapun, Pyongyang secara terbuka menafikan bahawa pihaknya mempersenjatai Hamas, malah, menyifatkan  dakwaan itu sebagai ‘khabar angin tidak berasas dan palsu’ yang disebarkan oleh Amerika Syarikat

Hamas dipercayai bergantung kepada rangkaian penyeludupan yang meluas untuk membawa senjata ke Semenanjung Gaza, selain turut menghasilkan senjata sendiri, termasuk roket yang sering dibedil ke bandar Israel. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...