Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Dikesan Bekal 2,000 Kontena Senjata kepada Russia

Pihak perisikan Korea Selatan mendedahkan bahawa Korea Utara telah membekalkan kira-kira 2,000 kontena mengandungi peluru berpandu ballistik jarak dekat dan peluru berpandu anti-kereta kebal serta pelbagai peluru dan senjata lain kepada Russia.

0 6,189

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara dilapor telah membekalkan peluru berpandu ballistik jarak dekat (Short Range Ballistic Missile – SRBM) kepada Russia untuk digunakan oleh tenteranya pada konflik di Ukraine.

Pihak perisikan Korea Selatan mendedahkan bahawa Korea Utara telah membekalkan kira-kira 2,000 kontena mengandungi peluru berpandu ballistik jarak dekat dan peluru berpandu anti-kereta kebal serta pelbagai peluru dan senjata lain kepada Russia.

Menurut pegawai perisikan Korea Selatan, kapal-kapal membawa kontena terbabit telah belayar daripada Rajin, Wilayah Hamgyong Utara ke Vladivostok di Timur Jauh Russia.

Jumlah 2,000 kontena mengandungi peluru berpandu dan pelbagai peluru yang dihantar Korea Utara ke Russia adalah lebih banyak daripada jumlah 1,000 buah kontena yang diberikan oleh Amerika Syarikat pada 13 Oktober lalu berdasarkan kepada imej-imej satelit.

Pihak tentera Korea Selatan mengesyaki 2,000 kontena itu mengandungi lebih daripada 200,000 peluru meriam 122mm dan lebih sejuta peluru meriam 152mm serta peluru-peluru untuk senjata lain.

Korea Utara
Kapal Korea Utara

 

“Petanda bahawa Korea Utara membekalkan senjata dan peluru kepada Russia telah dikesan sejak pertengahan tahun lepas dan penghantaran kontena-kontena itu telah dipertingkatkan pada Ogos lalu sebelum kunjungan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Russia, “ kata pegawai Korea Selatan.

Pemimpin Korea Utara telah bertemu dengan Presiden Vladimir Putin di Vostochny Cosmodrome di Timur Jauh Russia pada September.

Sebelum pemimpin Korea Utara berkunjung ke Russia, hanya sebuah kapal kontena negara itu dikesan belayar ke Vladivistok setiap minggu tetapi bilangan kapal itu dipertingkatkan kepada sebuah dalam tiga atau empat buah kapal dalam seminggu.

Menurut pegawai perisikan Korea Selatan, sebagai balasan Russia dijangka akan menyalurkan bantuan teknologi berkenaan pembangunan angkasa lepas, peluru berpandu nuklear, pembuatan pesawat pejuang dan sistem pertahanan udara.

Korea Utara
Anggota Komando Korea Utara

 

“Kami menjangkakan Korea Utara dengan dibekalkan dengan minyak dan makanan oleh Russia mengekalkan kestabilan rejim di Pyongyang dan kedua-dua negara akan terus berbincang dengan perkongsian teknologi sistem persenjataan bagi membantu tentera negara itu dalam aspek peperangan konvensional.”

Pihak perisikan tentera Korea Selatan menyatakan bahawa Pyongyang sedang di dalam peringkat akhir percubaan kali ketiganya untuk melancarkan satelit pengintip ke orbit selepas dua kali percubaannya gagal sebelum ini pada Mei dan Ogos lalu. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...