ROKAF Mula Latih Juruterbang Tentera Udara Poland Operasi FA-50PL
Menurut pegawai ROKAF yang dipetik oleh media tempatan, program latihan untuk juruterbang Poland itu dijalankan di 1st Fighter Wing di Gwangju, yang terletak kira-kira 329 km di selatan ibu negara, Seoul.
DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) telah memulakan program latihan bagi membolehkan juruterbang-juruterbang Tentera Udara Poland mengoperasikan pesawat pejuang ringan FA-50 yang dibelinya pada tahun lepas.
Poland memperolehi 48 buah pesawat pejuang ringan FA-50 yang diperbuat oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).
Menurut pegawai ROKAF yang dipetik oleh media tempatan, program latihan untuk juruterbang Poland mengendalikan pesawat pejuang ringan FA-50PL (Poland) dijalankan di 1st Fighter Wing di Gwangju, yang terletak kira-kira 329km di selatan ibu negara, Seoul.
Poland dijangka menerima pesawat pertama FA-50PL miliknya pada akhir tahun ini.
Pada tahun ini, ROKAF merancang untuk melatih lapan juruterbang Poland dalam program latihan dua fasa mengoperasikan FA-50PL yang memakan masa selama 23 minggu, dengan menggunakan pesawat latihan T-50, di mana asas dimana pesawat FA-50 dibangunkan.
Empat orang juruterbang Poland itu dijangka menamatkan latihan itu pada 21 Julai manakala juruterbang yang lain akan menjalani latihan bermula daripada 8 Mei hingga 13 Oktober.
Dalam laporan oleh media tempatan Korea Selatan, dalam tempoh 11 minggu pertama program latihan itu juruterbang-juruterbang Poland itu akan menggunakan pesawat latihan T-50 untuk pembelajaran mengenai teori penerbangan dan operasi keseluruhannya.
Tempoh 11 minggu kedua akan menggunakan pesawat TA-50 yang merupakan “Fighter Lead-In Trainer” (FLIT) untuk melatih juruterbang bagi memastikan mereka menimba pengetahuan dalam skill pertempuran yang realistic.
Dalam minggu terakhir, juruterbang-juruterbang akan menggunakan simulator pesawat FA-50 dalam latihan mereka.
“Kita akan kembali ke Poland selepas mendalami ilmu dan skill untuk mempertahankan kedaulatan ruang udara negara menerusi sistem pembelajaran penerbangan Korea Selatan yang amat cemerlang,” kata juruterbang Tentera Udara Poland, Mejar Jacek Stolarek.
Pada ketika ini, Indonesia,Iraq,Filipina dan Thailand mengoperasikan pesawat T-50/FA-50.
ROKAF telah melatih 47 orang juruterbang daripada empat buah negara sejak 2013.
Pada akhir bulan lepas, pesawat pejuang ringan dan latihan lanjutan (Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft) FA-50 Block 20 beluaran KAI muncul sebagai pemenang dalam tender untuk membekalkan pesawat jenis itu kepada TUDM.
Kementerian Pertahanan bakal memperolehi 18 buah pesawat FA-50 Block 20 bernilai lebih RM4 bilion,dengan penghantaran empat buah pesawat pertama dijangka berlaku pada akhir tahun 2026. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Comments are closed.