Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiga Buah Kapal Tentera Laut Thailand Buat Lawatan Operasi Di Malaysia

Ketiga-tiga buah kapal Tentera Laut Diraja Thailand itu yang berlabuh di Pulau Indah, Klang adalah HTMS NARESUAN (FF 421), HTMS BANGPAKONG (FF 456) dan HTMS PATTANI (OPV 511).

0 3,358

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tiga buah kapal Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) berlabuh di Tambatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pulau Indah, Klang di Selangor hari ini dalam rangka lawatan operasi selama empat hari ke Malaysia.

Lawatan operasi selama empat hari itu adalah bersempena program Unit Kadet TLDT.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa lawatan berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada 349 pegawai kadet TLDT tentang komuniti tentera laut negara sahabat yang merupakan antara silibus latihan mereka.

“Tiga buah kapal TLDT iaitu HTMS NARESUAN (FF 421), HTMS BANGPAKONG (FF 456) dan HTMS PATTANI (OPV 511) telah berlabuh di Tambatan Pangkalan TLDM Pulau Indah (TPPI), Klang, Selangor pada 9 pagi tadi dan akan kekal di situ hingga 9 Mac ini dalam rangka lawatan operasi ke Malaysia.

“Turut sama mengikuti pelayaran ini adalah Laksamana Muda Preediwat Diloknoranart, iaitu Timbalan Komandan Akademi Tentera Laut Diraja Thailand,” menurut kenyataan itu.

Thailand
(kredit TLDM)

 

Ketibaan ketiga-tiga kapal TLDT di TPPI itu disambut Pengarah Bahagian Operasi di Markas Tentera Laut Kapten Nasrol Hakim Jamludin.

Bersempena lawatan tersebut, beberapa program telah dirancang antaranya kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi Nasional Laksamana Muda Datuk Hanafiah Hassan dan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed.

“Kedua-dua kunjungan hormat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin sekian lama antara kedua-dua Tentera Laut,” menurut kenyataan itu. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...