Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Mula Bina Kumpulan Pertama 20 Buah Pesawat Pejuang KF-21 “Boramae”

Dengan anggaran harga per-unit pada US$65 juta (RM306 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 10) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

0 3,046

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) akan membina kumpulan pertama 20 buah pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae”, bagi membolehkan pesawat pejuang itu beroperasi untuk Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) pada 2026.

Kontrak pembinaan 20 buah pesawat pejuang KF-21 Block 10 bernilai USD$1.41 bilion (RM6.65 billion) itu telah ditandatangani di antara KAI dengan agensi kerajaan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA).

“Dibawah perjanjian itu, KAI akan menghasilkan 20 unit pesawat pejuang itu dan menyediakan bantuan lojistik, manual teknikal dan latihan. Pesawat-pesawat pejuang itu akan berkhidmat untuk ROKAF pada akhir tahun 2026,” menurut laporan media Korea Selatan.

Program pembangunan pesawat pejuang KF-21 itu dilaporkan telah mencapai 80 peratus siap pada ketika ini.

Sebelum ini, laporan-laporan media daripada Korea Selatan menyatakan bahawa sebanyak 40 buah pesawat KF-21 akan mula dibina pada tahun ini untuk ROKAF, tetapi bilangan itu kemudiannya dikurangkan kepada 20 buah.KF-21

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran, pembangunan sistem KF-21telah berjaya mencapai tahap produksi besar-besar dengan stabil, hasil kerjasama kukuh pelbagai organisasi,” menurut kenyataan oleh presiden KAI Kang Goo-young.

Selain itu DAPA juga dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Hanwha Systems bagi perolehan 20 buah radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang akan digunakan oleh kumpulan pertama pesawat pejuang KF-21 itu.

Sementara itu, syarikat Hanwha Aerospace pula telah menandatangani kontrak untuk membekalkan  40 unit enjin General Electric F414-GE-400 bagi digunakan oleh kumpulan pertama 20 buah pesawat pejuang KF-21 itu.

Enjin pertama akan dihasilkan menjelang 2025 daripada kilang syarikat terbabit di Changwon.

ROKAF bercadang mengoperasikan sehingga 100 hingga 120 buah pesawat pejuang KF-21 “Boramae” menjelang tahun 2032 untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang berusianya, F-4 “Phantom” dan F-5 yang masih digunakan oleh tentera udara negara itu.KF-21

Tentera udara negara itu bercadang menjadikan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” itu sebagai “tulang belakang” ROKAF, yang akan memainkan peranan penting sekiranya berlaku peperangan di Semenananjung Korea.

Pesawat prototaip KF-21 itu berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada 2022 dan selepas itu ia telah memulakan kira-kira 2,000 penerbangan ujian yang perlu dilakukannya untuk menguji pelbagai sistem dan komponen.

Dilancarkan pada 2015, program pembangunan pesawat KF-21 itu dianggar menelan belanja US$6.59 bilion (RM26.36 bilion).

KAI merancang untuk membekalkan 20 buah pesawat KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2026, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada fasa seterusnya.

Gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu juga dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat pejuang KF-21 “Boramae” kepada pelanggan-pelanggan yang berminat.

KF-21
KF-21 “Boramae”

 

KAI telah pun mensasarkan beberapa buah negara sebagai pelanggan berpotensi bagi pesawat pejuang KF-21 terutamanya negara-negara yang telah pun menggunakan pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 seperti Thailand, Filipina, Iraq dan Poland serta Malaysia.

Dengan anggaran harga per-unit pada US$65 juta (RM306 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 10) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon. — DSA

 

Comments
Loading...