Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ketua Staff Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) Kunjungi Panglima TUDM

Jeneral Jung Sanghwa yang merupakan juruterbang pesawat pejuang F-16 memulakan lawatan rasmi dengan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan,

0 2,811

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketua Staf Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) Jeneral Jung Sanghwa telah mengadakan lawatan kerja rasmi yang pertama ke Malaysia khususnya ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau turut diiringi isteri, Madam Oh Taemi bagi program melibatkan lawatan yang diatur oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara dalam rangka lawatan kerja ini.

Jeneral Jung Sanghwa memulakan lawatan rasmi dengan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, menurut kenyataan rasmi TUDM menerusi media sosialnya.

Menurut laman web rasmi ROKAF, Ketua Staf Tentera Udara Republik Korea itu merupakan juruterbang pesawat pejuang F-16.

Ketibaan Jeneral Jung di Wisma Pertahanan disambut oleh Panglima TUDM  serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Korea
(kredit TUDM)

 

Beliau diberi penghormatan selaku tetamu negara sebagai pegawai mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari TUDM yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Beliau seterusnya diperkenalkan dengan pegawai-pegawai kanan TUDM sebelum beredar ke pejabat Panglima TUDM bagi sesi kunjungan hormat. 

Kedua-kedua pemimpin berbincang mengenai kerjasama strategik antara dua angkatan udara di samping hubungan diplomasi pertahanan dua angkatan.

Kedua pemimpin tertinggi tentera udara saling berkongsi pandangan dan berharap semoga ikatan dua negara ini terus terjalin demi kestabilan dan keamanan serantau.

Jeneral Jung turut mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan Adly  Zahari di Parlimen.

Kunjungan hormat  ini secara tidak langsung bagi  mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dari segi diplomatik pertahanan kedua-dua negara.

Korea
(kredit TUDM)

 

Beliau turut dijadualkan melawat beberapa pangkalan TUDM sebagai sebahagian pengisian program lawatan rasmi ke Malaysia. 

Sesungguhnya lawatan rasmi ini adalah sebagai tanda hubungan akrab yang terjalin di antara kedua-dua angkatan udara.

Ia juga membuka ruang perbincangan secara langsung di antara kedua pihak menyentuh berkenaan pelbagai isu diplomatik dan kerjasama strategik pertahanan yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...