Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lebih 200 Ribu Tentera Russia, Ukraine Terbunuh Dan Cedera Setakat Ini

Pencerobohan tentera Russia di Ukraine juga telah menyebabkan kira-kira 40,000 penduduk awam negara itu maut dan di antara 15 juta hingga 30 juta penduduk terpaksa melarikan diri daripada kediaman masing-masing.

0 2,315

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima tentera tertinggi Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira 100,000 anggota tentera Russia sama ada maut atau tercedera dalam konflik di Ukraine, yang bemula pada akhir Februari tahun ini.

Jeneral Mark Milley juga berkata, peperangan tersebut juga telah mengakibatkan tentera Ukraine maut atau cedera dalam jumlah yang hampir sama.

“Kita melihat lebih daripada 100,000 anggota tentera Russia maut atau cedera dalam konflik itu. Bilangan tentera Ukraine yang maut atau cedera juga adalah hampir sama,” kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar, The New York Times.

Pencerobohan tentera Russia di Ukraine katanya juga telah menyebabkan kira-kira 40,000 penduduk awam negara itu maut dan menyebabkan di antara 15 juta hingga 30 juta penduduk terpaksa melarikan diri daripada kediaman masing-masing.

Beliau menyifatkan musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi,sebagai suatu peluang kepada kedua-dua pihak untuk memulakan rundingan damai, tetapi pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat mengatakan peluang ke arah proses damai adalah amat tipis.

Ka-52
Salah sebuah helikopter Ka-52 yang ditembak jatuh oleh tentera Ukraine.

 

Kegagalan kedua-dua pihak mengambil peluang untuk mencari jalan perdamaian akan hanya memanjangkan penderitaan, sebagaimana yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua.

Anggaran sebanyak 200,000 anggota tentera Russia dan Ukraine terkorban atau cedera sejak konflik itu bermula merupakan anggaran paling tinggi pernah dibuat oleh pihak Amerika Syarikat.

Pada Ogos lepas, pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menganggarkan di antara 70,000 hingga 80,000 anggota tentera Russia telah terkorban atau cedera di dalam konflik itu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kenyataan oleh panglima tentera tertinggi Amerika itu berlaku pada hari yang sama apabila Russia mengumumkan pengunduran tenteranya daripada Kherson yang terletak di selatan Ukraine.

Bagaimanapun pengunduran tentera Russia itu dijangka mengambil masa selama beberapa minggu dan tidak akan berlaku di dalam tempoh sehari dua ini.

Milley juga berkata, di antara 30,000 hingga 40,000 tentera Russia berada di utara Sungai Dnipro. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...