Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komando 11 RGK Malaysia, SASR Australia Laksana Eks Dusk Tiger 2023

Eksesais Dusk Tiger Siri 14/2023 antara Rejimen 11 Gerak Khas (11 RGK) dan Australian Special Air Service Regiment (SASR) berkonsepkan peningkatan interoperabiliti antara pasukan khusus kedua-dua negara dalam melaksanakan Operasi Khusus bagi menghadapi ancaman masa kini.

0 1,477

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota-anggota tentera  daripada pasukan khusus, Rejimen 11 Gerak Khas (11 RGK) Tentera Darat Malaysia dan Special Air Service Rejimen (SASR) Tentera Darat Australia telah menamatkan Eksesais Dusk Tiger Siri 14/2023 di Australia baru-baru ini.

Eksesais di antara kedua-dua pasukan khusus itu bertujuan meningkatkan interoperability sesama mereka dalam menghadapi operasi khas.

“Eksesais ini merupakan eksesais bilateral antara Rejimen 11 Gerak Khas (11 RGK) dan Australian Special Air Service Regiment (SASR) dan berkonsepkan peningkatan interoperability di antara pasukan khusus kedua-dua negara dalam melaksanakan Operasi Khusus bagi menghadapi ancaman masa kini,” menurut posting dalam akaun Facebook Berita Tentera Darat Malaysia.

Majlis Penutup Eksesais Dusk Tiger Siri 14/2023 di Campbell Barrack, Australia pada 6 Okt lalu telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK  Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah dan Special Operations Commander Australia, Maj Gen Paul Kenny.

Terdahulu sebelum eksesais ini berlangsung, Pra-Eks DUSK TIGER telah dilaksanakan di sekitar Cameron Highland.

Dusk Tiger
11RGK/BTDM
Dusk Tiger
11RGK/BTDM
Dusk Tiger
11RGK/BTDM

 

Ia melibatkan elemen ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) dari Kompeni Bravo, 165 MIB dan pesawat EC725 dari 10 Skn TUDM. 

Dalam masa yang sama, turut diadakan Program Civil Military Cooperation (CIMIC) dengan komuniti setempat di Cameron Highland seperti Medical Civic Action Programs (MEDCAPS), Pameran Statik, Pertunjukan Payung Terjun dan program lain bersama masyarakat setempat.

Dusk Tiger
11RGK/BTDM
Dusk Tiger
11RGK/BTDM
Dusk Tiger
11RGK/BTDM

 

Program CIMIC itu turut melibatkankerjasama Majlis Daerah Cameron Highland, 165 MIB, PDRM, JPAM, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan beberapa agensi awam serta NGO lain. 

Turut hadir, Pegawai Memerintah 11 RGK, Kol Ahmad Huzaini Zainudin. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...