Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pengebom Tu-160 Russia Kini Dilengkapi Peluru Berpandu Kruis “Misteri”

Komander Unit Udara Jarak Jauh Russia, Lt Jeneral Sergey Kobylash, yang bertanggungjawab terhadap pesawat-pesawat pengebom strategik negara itu mendedahkan bahawa peluru berpandu kruis KH-BD itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 6,500km, menjadikan hampir keseluruhan benua Eropah di dalam radius sasarannya.

0 3,512

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Russia menyatakan bahawa ia telah memperkenalkan peluru berpandu kruis lancaran udara jarak jauh (air-launched cruise missile – ALCM) baru, yang kini melengkapkap pesawat pengebom strategik negara itu, Tu-160 “Blackjack”.

Peluru berpandu jarak jauh misteri itu dikenali dengan nama “KH-BD” dan telah dibangunkan oleh Russia untuk beberapa tahun.

Namun, sehingga kini Kementerian Pertahanan Russia tidak pernah mengeluarkan sebarang gambar peluru berpandu itu, menjadikan peluru berpandu kruis jarak jauh terbaru Russia itu sesuatu yang amat misteri bagi pemerhati pertahanan Barat.

Pada mulanya, peluru berpandu KH-BD itu sepatutnya akan melengkapkan pesawat pengebom Russia yang terbaru, “PAK-DA” tetapi memandangkan pesawat pengebom masih diperingkat pembangunan, maka peluru berpandu jarak jauh itu digunakan oleh Tu-160.

Prototaip pesawat pengebom strategik terbaru Russia dipanggil PAK-DA atau “Izdelie 80” (Product 80) dipercayai sudah hampir siap, dengan pesawat itu dijangka melakukan penerbangan sulungnya sebelum tahun 2025.

KH-BD
Tu-160

KH-BD

Menurut media-media Russia, pesawat pengebom terbaru Russia itu memiliki kelajuan subsonic, dua enjin dan jarak operasi sehingga 15,000km.

Pengumuman bahawa pesawat pengebom Tu-160 itu kini membawa peluru berpandu jarak jauh misteri itu telah dibuat oleh Komander Unit Udara Jarak Jauh Russia, Lt Jeneral Sergey Kobylash, yang bertanggungjawab terhadap pesawat-pesawat pengebom strategik negara itu.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika mengiringi lawatan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Pangkalan Udara Knevichi di Timur Jauh Russia.

Beliau juga mendedahkan bahawa peluru berpandu kruis KH-BD itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 6,500km, menjadikan hampir keseluruhan benua Eropah di dalam radius sasarannya.

Menurut laporan oleh agensi berita Russia, TASS, pesawat pengebom strategik Tu-160 itu berkemampuan membawa 12 buah peluru berpandu KH-BD di dalam ruangan senjatanya (internal bays).

KH-BD
Pemimpin Korea Utara melihat apa yang dibawa oleh pesawat pengebom Tu-160.
Tu-160M
Peluru berpandu KH-101

 

Laporan media Russia mula membincangkan tentang pembangunan peluru berpandu jarak jauh KH-BD itu pada 2017

Peluru berpandu jarak jauh KH-BD itu dipercayai dibangunkan oleh agensi Russia yang sememangnya terkenal dengan pembangungan peluru berpandu, Raduga.

Peluru berpandu KH-BD itu dijangka kana menggantikan peluru berpandu kruis KH-101 serta KH-555 yang kini digunakan oleh tentera Russia untuk operasi di Syria dan Ukraine serta KH-102 yang dilengkapi dengan kepala peledak nuklear.

Jika peluru berpandu KH-BD itu dilancarkan oleh pesawat pengebom Tu-160 yang berlepas daripada pangkalan hadapanya di Anadyr jauh di utara Russia, ia berkemampuan menjadikan sebahagian besar Amerika Utara sasarannya. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...