Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kehadiran Peluru Berpandu KH-22 Russia Menggerunkan Tentera Ukraine

Jurucakap Tentera Udara Ukraine Yurii Ihnat menyatakan sejak peperangan antara kedua-dua negara jiran dengan Russia meletus, telah melancarkan kira-kira 300 butir peluru berpandu KH-22 terhadap Uraine.

0 5,024

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak konflik tercetus di antara Moscow dan Kiev sejak Februari 2022, Russia telah melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu terhadap bandar-bandar besar Ukraine, sebagaimana yang berlaku beberapa hari lepas.

Namun, sebagaimana diakui sendiri Ukraine sendiri,  peluru-peluru berpandu dilancar Russia itu tidak menakutkannya kecuali satu jenis peluru berpandu buatan era Kesatuan Soviet iaitu KH-22.

Bercakap dalam satu rancangan televisyen negara itu, jurucakap Tentera Udara Ukraine Yurii Ihnat menyatakan sejak peperangan antara kedua-dua negara jiran itu meletus, Russia telah melancarkan kira-kira 300 butir peluru berpandu KH-22 terhadap Uraine.

“Sejak konflik tercetus, unit-unit pertahanan udara Ukraine gagal menembak jatuh walau sebutir peluru berpandu KH-22 itu,” katanya sambil menambah bahawa peluru berpandu KH-22 itu memiliki beberapa “keistimewaan” yang menyukarkannya ditembak jatuh.

Menurut jurucakap Tentera Udara Ukraine itu, adalah bukan perkara yang mudah untuk menembak jatuh peluru berpandu KH-22 itu, walaupun angkatan tentera Ukraine dibanjiri dengan pelbagai jenis sistem pertahanan udara buatan Eropah seperti NASAM dan Iris-T.

KH-22

Namun sistem-sistem pertahanan udara Barat itu juga gagal menepis serangan peluru berpandu KH-22.

“Peluru berpandu KH-22 meluncur selaju 4,000km sejam dan ia membedil sasarannya menggunakan trajektori peluru berpandu ballistik, jadi ia memerlukan usaha khas untuk memintas peluru berpandu KH-22 itu.”

“Kita memerlukan sistem pertahanan udara seperti Patriot, ia bukanlah sesuatu yang senang dengan peluru berpandu ini. Pihak musuh telah menggunakan lebih daripada 300 peluru berpandu KH-22 ini sejak konflik (antara Russia dan Ukraine) tercetus.”

“Selain peluru berpandu KH-22, Russia juga memiliki varian peluru berpandu KH-22 yang telah dipermodenkan iaitu KH-32. Kemungkinan Moscow turut menggunakan varian peluru berpandu itu yang dipertingkatkan,” kata beliau.

Pada ketika ini Russia banyak menggunakan peluru berpandu hypersonik KH-47M2 dan KH-22 untuk membedil sasaran-sasaran di Ukraine.KH-22

Dibangunkan pada tahun 1960-an, peluru berpandu KH-22 telah dibina oleh firma Russia, MKB Raduga dan diberikan nama AS-4 “Kitchen” oleh NATO.

Berkemampuan meluncur selaju Mach 4.6, peluru berpandu KH-22 itu mampu membedil sasaran sejauh 600km.

Sasaran utama peluru berpandu KH-22 yang boleh dilengkapi dengan kepala peledak konvensional dan nuklear itu adalah kapal-kapal pengangkut pesawat dan kapal perang bersaiz besar. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...