Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter KUH-1 Surion Paling Sesuai Untuk Rejimen 882, PUTD

Antara “sasaran” utama Korea Aerospace Industries (KAI) dan rakan tempatannya adalah untuk menyakinkan kepimpinan Kementerian Pertahanan dan ATM bahawa helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion itu adalah helikopter utiliti paling sesuai untuk melengkapkan Rejimen 882 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

10,585

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas kejayaan membekalkan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tahun lepas, gergasi aeroangkasa Korea Selatan,  Korea Aerospace Industries (KAI) kini mensasarkan untuk membekalkan helikopter kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula.

KAI bersama rakan tempatannya mempertaruhkan helikopter utiliti pelbagai guna, KUH-1 Surion dalam usahanya untuk menembusi pasaran helikopter Malaysia khususnya bagi kegunaan angkatan tentera.

“KAI amat berminat untuk menembusi pasaran helikopter Malaysia khususnya menerusi model helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” menurut sumber industri yang boleh dipercayai kepada Defence Security Asia.

Antara “sasaran” utama bagi KAI dan Kemalak Marine katanya, adalah untuk menyakinkan kepimpinan Kementerian Pertahanan dan ATM bahawa helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion itu adalah helikopter utiliti paling sesuai untuk melengkapkan Rejimen 882 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

“Helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion adalah platform yang paling sesuai untuk melengkapkan Rejimen 882 PUTD,” kata sumber itu.

Rejimen 882 PUTD bakal memperolehi empat buah helikopter Black Hawk secara sewaan untuk dioperasikannya.

Surion

 

Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak penyewaan empat buah helikopter Black Hawk pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) pada Mei tahun lepas.

Kontrak penyewaan helikopter itu telah ditandatangani dengan syarikat tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn Bhd bernilai RM187 juta.

Penyewaan empat buah helikopter itu dikatakan untuk tempoh selama lima tahun.

Menurut sumber itu lagi, helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion adalah sebuah helikopter moden yang memiliki kelebihan berbanding helikopter-helikopter utiliti yang berada di pasaran pada masa ini.

“Antara kelebihan helikopter KUH-1 Surion berbanding helikopter utiliti lain di pasaran adalah, keupayaannya untuk beroperasi pada waktu siang dan malam serta kemampuan untuk beroperasi dalam semua keadaan cuaca.

Surion
(kredit FB Tentera Darat)
Surion
(kredit FB Tentera Darat)

 

“Sekaligus ianya mampu memenuhi keperluan operasi dan latihan bagi pengguna terutamanya ketiga-tiga cabang ATM,” kata beliau.

Beliau berkata helikopter KUH-1 Surion keluaran KAI itu diintergrasikan dengan pembangunan terkini helikopter seperti penggunaan kokpit gelas digital, Automatic Flight Control Systems (AFCS), peta digital 3D, perancangan misi dan analisa, Health and Usage Monitoring System (HUMS) dan lain-lain.

Helikopter utiliti KUH-1 Surion dilengkapi dengan  sistem Night Vision Goggle (NVG) terkini selain kawalan penerbangan.

Pada ketika ini, KAI telah menghasilkan 300 buah helikopter utiliti KUH-1 Surion untuk angkatan tentera Korea Selatan dan kegunaan awam.

Dilengkapi dengan dua enjin, berkelajuan 146 knots, Maximum Take-off Gross Weight (MTOW)  8.7 tonnes, helikopter utiliti pelbagai guna itu berkemampuan membawa 13 orang penumpang termasuk dua juruterbang. — DSA

 

Comments are closed.