Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Keris Seberat 700 Tan “Shadow” Kapal Pengawal Pantai China 4,000 Tan

“Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan dalam laporan mereka bahawa kapal-kapal pengawal pantai China menghabiskan 316 hari pada tahun lepas meronda Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali)."

9,387

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Keris kini berada di sekitar perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) untuk membayangi (shadow) kapal pengawal pantai China.

Menurut penyelidik antarabangsa Raymond M. Powell, kapal LMS TLDM itu kini membayangi kapal pengawal pantai China, CCG 5402.

Kapal pengawal pantai China, CCG 5402 yang sepanjang 99 metera dan dipercayai seberat 4,000 tan dikerah ke Beting Patinggi Ali bagi menggantikan sebuah kapal pengawal pantai negara itu yang popular dengan gelaran “The Monster.”

LMS
Kapal LMS TLDM yang keempat “KD Rencong” yang dibina oleh syarikat China, CSOC untuk TLDM.

 

Ia digelar “The Monster” kerana beratnya yang mencecah sehingga 12,000 tan, kapal pengawal pantai China kelas-Zhaotou itu merupakan kapal pengawal pantai terbesar di dunia, mengatasi kapal pengawal pantai Jepun kelas-Shikishima yang memiliki berat lebih 9,000 tan. (berat penuh)

Dengan berat 12,000 tan, ia jauh meninggalkan kapal-kapal destroyer kelas-Arleigh Burke dan cruiser kelas-Ticonderoga Tentera Laut Amerika Syarikat yang beratnya di antara 7,000 tan hingga 9,000 tan.

“Kapal pengawal pantai China 5402 baru sahaja tiba di Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali), termasuk lapangan gas Malaysia, menggantikan CCG 5302.”

“Kapal peronda TLDM KD Keris yang telah pun berada di lokasi untuk mengawasi pertukaran (tugas) di antara kedua-dua kapal itu. “

“Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan dalam laporan mereka bahawa kapal-kapal pengawal pantai China menghabiskan 316 hari pada tahun lepas meronda Luconia Shoals,” kata Powell.

APMM
Kapal pengawal pantai China.
Beting
Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals)

 

Kesemua kapal LMS Batch 1 iaitu KD KERIS, KD SUNDANG, KD BADIK dan KD RENCONG dan telah memasuki inventori TLDM secara berperingkat mulai Januari 2020 hingga Disember 2021.

Kesemua kapal itu beroperasi sepenuhnya daripada Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah mempertahankan perairan negara di timur Sabah dan Laut China Selatan daripada pencerobohan.

Malaysia memperolehi empat buah kapal LMS Batch 1 yang dibina secara bersama antara Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China dalam kontrak perolehan yang melebihi RM1 billion.

Berbanding dengan kapal pengawal pantai China CCG 5402  yang memiliki berat sehingga 4,000 tan, kapal-kapal LMS TLDM itu hanya seberat 700 tan dan panjang 70 meter.

Beting Patinggi Ali terletak 80 batu nautika atau 107 kilometer dari Tanjung Baram dan berada  di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Minyak
Gambar Kapal Pengawal Pantai China berhampiran pelantar minyak dan gas Malaysia di perairan Sarawak. (ehsan pembaca Defence Security Asia)

 

Terumbu-terumbu lain Beting Patinggi Ali adalah Stigant Reef (Terumbu Sahap) dan Herald Reef (Terumbu Saji).

Gugusan Terumbu Raja Jarum atau North Luconia Shoals mengandungi Tripp Reef (Terumbu Lintong), Buck Reef (Terumbu Linggir) dan Aitken Reef (Terumbu Dato Landih).

Terumbu lain ialah Hardie Reef (Terumbu Asun), Hayes Reef (Terumbu Lang Ngindang), Moody Reef (Terumbu Permaisuri), Friendship Shoal (Beting Rentap) dan Seahorse Breakers (Hempasan Dang Ajar).

Ia terletak 80 batu nautika atau 107 kilometer dari Tanjung Baram, di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982). — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.