Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal FAC TLDM, KD Gempita Lakukan Penembakan Meriam Guna AMOCS

Apa yang menariknya mengenai penembakan yang dilakukan pada 24 Januari itu adalah ia dilakukan selepas kerja-kerja menaiktaraf dilakukan terhadap Sistem Combat Information System (CIC) kapal serang laju itu. Selepas dinaiktaraf, kapal KD Gempita kini menggunakan sistem CIC Advance Malaysian Owned Combat Management System (AMOCS).

0 2,081

(DEFENCE SECURITY ASIAS) — Semasa eksesais Mini OSTEX 1/23 yang telah berlangsung baru-baru ini, kapal serang laju milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Gempita telah berjaya melakukan penembakan meriam 57mm terhadap Sasaran Statik (Static Target) dan Sasaran Tunda (Towed Target).

Apa yang menariknya mengenai penembakan yang dilakukan pada 24 Januari itu adalah ia dilakukan selepas kerja-kerja menaiktaraf dilakukan terhadap Sistem Combat Information System (CIC) kapal serang laju itu.

Selepas dinaiktaraf, kapal KD Gempita kini menggunakan sistem CIC, Advance Malaysian Owned Combat Management System (AMOCS).

KD Gempita
(KD Gempita)

 

Bagaimanapun, posting di dalam akaun media sosial KD Gempita itu tidak memberikan keterangan lebih lanjut tentang sistem AMOCS.

Namun dipercayai sistem AMOCS itu dibangunkan oleh syarikat tempatan, System Consultancy Services Sdn Bhd.

Menurut keterangan daripada syarikat SCS itu, Advanced Malaysian Owned Combat Management System (AMOCS) merupakan sistem untuk pengawasan/pemantauan tentera laut dan pertahanan dan digunakan untuk operasi Anti Surface Warfare (ASuW) dan Anti Aircraft Warfare (AAW).

KD Gempita
(KD Gempita)

 

Sistem AMOCS ini menghubungkan sistem penderia (sensors), sistem persenjataan, data links, support measures dan peralatan lain digunakan oleh anggota dan pegawai-pegawai di kapal tentera laut terbabit.

Fungsi-fungsi yang biasa sistem AMOCS itu adalah sensor control, sensor data fusion, threat evaluation, weapons assignment dan weapons control.

Sistem AMOCS itu telah dibangunkan oleh jurutera-jurutera SCS bagi memberikan kebolehpercayaan (reliability) dan kemampuan untuk beroperasi secara bersepadu dengan pelbagai sistem penderia yang lain di dalam kapal tentera laut terbabit.

KD Gempita
(KD Gempita)

 

Sistem itu dibangunkan berdasarkan kepada NC2 dan C4ITacX engine yang juga dibangunkan oleh syarikat dan telah digunakan selama beberapa tahun.

Kapal serang laju kelas-Handalan “KD Gempita” adalah satu daripada empat buah kapal telah dibina oleh syarikat Karlskrona Varvet dan telah memasuki perkhidmatan TLDM pada tahun 1979.

Kapal KD Gempita memiliki berat 240 tan dan panjang 43 meter.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ia dilengkapi dengan meriam 57mm dan 40mm.

Ketika ia mula-mula ditauliahkan, kapal KD Gempita itu turut dilengkapkan dengan empat buah peluru berpandu anti-kapal MM38 Exocet, sebelum sistem persenjataan peluru berpandu anti-kapal buatan Perancis itu dilucutkan.

Kini keempat-empat kapal serang laju kelas-Handalan hanya dilengkapi dengan meriam. — DSA

Comments
Loading...