Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Lekir, FS Surcouf Adakan Latihan PASSEX Di Selat Melaka

FS SURCOUF merupakan kapal perang dari negara Perancis dalam program pelayaran “Mission Jeanne D’Arc 2021” dari Perancis menuju ke Jepun.

0 1,211

(DEFENCE SECURITY ASIA) — KD LEKIR, kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengadakan latihan Passage Exercise (PASSEX) bersama Tentera Laut Perancis di sekitar utara Selat Melaka.

FS SURCOUF merupakan kapal perang dari negara Perancis dalam program pelayaran “Mission Jeanne D’Arc 2021” dari Perancis menuju ke Jepun.

FS SURCOUF singgah berlabuh di jeti Awana Porto Malai, Langkawi pada 29 Mei hingga 1 Jun 21 bagi mengisi keperluan logistik sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.

PASSEX merupakan salah satu inisiatif pihak TLDM dan Tentera Laut Perancis bagi mengeratkan hubungan diplomatik bagi kedua buah negara serta meningkatkan kebolehupayaan bersama.

Latihan ini juga bertujuan untuk menguji dan memastikan kedua-dua kapal mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di laut.

TLDM

Kejayaan latihan tersebut hasil daripada komitmen di antara kedua-dua buah pihak iaitu KD LEKIR dan FS SURCOUF dalam mewujudkan hubungan dua hala yang strategik.

Bagi memenuhi objektif latihan tersebut, beberapa jenis latihan telah dilaksanakan iaitu Penembakan Sasaran Permukaan – Tactical Firing dalam Formasi Oscar dengan kedua-dua buah kapal menembak 10 butir peluru pada jarak 4 batu nautika dan sasaran Killer Tomato telah musnah dan tenggelam.

Selain itu, latihan RAS Approach merupakan evolusi yang dilaksanakan secara bergilir bagi memberi peluang kepada kedua-buah kapal menghampiri (approach) dengan jarak terhampir semasa merapat iaitu dengan jarak 40 meter.

Latihan Boat Operation turut dilaksanakan di mana Bot Marlin 1 milik KD LEKIR telah diturunkan bagi melaksanakan pertukaran cenderahati.

Tidak lengkap sekiranya latihan OOW Manoeuvre tidak dilaksanakan dan latihan pada kali ini 7 formasi taktikal telah berjaya dilaksanakan.

TLDM

Latihan Sail Pass and Breakaway di mana FS SURCOUF telah melaksanakan Sail Pass di lambung sebelah kanan KD LEKIR sebelum latihan PASSEX tersebut selesai.

Penggambaran dilakukan dari udara melalui pesawat FENNEC milik TLDM.​Secara keseluruhan, semua latihan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan selamat.

Latihan pada kali ini telah berjaya mencapai objektifnya serta dapat menguji kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara lain. Ini membuktikan, bahawa visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang.

SUMBER: TLDM

TLDM

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...