š¬Iran Dedah “Karrar”, Dron Pemintas Dilengkapi Peluru Berpandu Udara-ke-Udara “Majid”
Kejayaan mengadaptasi peluru berpandu udara-ke-udara "Majid" ke dron pemintas berkuasa jet "Karrar" itu adalah hasil penyelidikan dan pembangunan selama dua tahun, yang menyaksikan peluru berpandu āMajidā itu diubahsuai daripada peluru berpandu darat-ke-udara kepada peluru berpandu udara-ke-udara.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lalu, Iran telah menunjukkan kepada awam dron-dron pemintas (interceptor) berkuasa jet, āKarrarā yang dilengkapi dengannpeluru berpandu udara-ke-udara buatan tempatan, sekaligus menjadikan dron pemintas itu sebagi satu lagi aset penting dalam rangkaian sisten pertahanan udara negara Parsi itu.
Tidak banyak dron dipasaran yang berkemampuan membawa peluru berpandu udara-ke-udara yang khusus untuk membedil sasaran udara.
Sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Unit Anti-Udara tentera Iran Brig Jen Alireza Sabahifard, peluru berpandu udara-ke-udara āMajidā yang diadaptasi untuk dibawa oleh dron āKarrarā Iran itu boleh membedil sasaran sejauh 8km hingga 16km menggunakan pengesan haba (heat-seeking).
Bagi Panglima Tentera Darat Iran Jen Abdolrahim Mousavi yang menghadiri upacara pengenalan dron pemintas “Karrar” itu di sebuah akademi ketenteraan negara itu berkata, “musuh-musuh” Iran terpaksa berfikir dua kali tentang strategi mereka kerana negara Parsi itu semakin kuat di dalam aspek ketenteraan.
Dilengkapi dengan kepala peledak khas,Ā peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” itu berkemampuan menembak jatuh pelbagai jenis sasaran udara daripada dron sendiri kepada pesawat pejuang dan helikopter.
Kejayaan mengadaptasi peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” ke dron pemintas berkuasa jet “Karrar” itu adalah hasil penyelidikan dan pembangunan selama dua tahun, yang menyaksikan peluru berpandu āMajidā itu diubahsuai daripada peluru berpandu darat-ke-udara kepada peluru berpandu udara-ke-udara.
Iran memang merekabentuk dron berkuasa jet āKarrarā itu untuk memusnahkan sasaran udara.
Menurut laporan media Iran, peluru berpandu udara-ke-udara āMajidā yang dibawa oleh dron pemintas berkuasa jet āKarrarā itu dilengkapi dengan peledak khas bagi membolehkan ia memusnahkan pelbagai sasaran udara.
Iran mula mendedahkan tentang kewujudan dron berkuasa jet jarak jauh āKarrarā pada tahun 2010, malah terdapat laporan menyatakan bahawa Iran telah āmengeksportā dron āKarrarā itu kepada beberapa negara kumpulan bersenjata yang pro kepadanya di rantau itu termasuk Hezbollah.
Berkemampuan terbang sejauh 1,000km, ia juga adalah dron pertama Iran yang berjaya terbang pada ketinggian 47,000 kaki.Ā
Selain peluru berpandu udara-ke-udara “Majid”, dron berkuasa jet āKarrarā itu juga berkemampuan membawa dua butir bom seberat 115kg masing-masing dan bom pintar (precision guided munition) seberar 227kg.
Sebelum ini, tentera Iran menggunakan dron berkuasa jet āKarrarā itu sebagai dron āpemberi amaranā kepada pesawat-pesawat asing yang berada hampir dengan kawasan perairan negara itu dan juga Flight Information Region (FIR).
Pada tahun 2021, dalam satu latihan tentera Iran telah menunjukkan bagaimana dron berkuasa jet āKarrarā itu membedil sasaran udara menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara āAzarakhshā buatan tempatan.
Sasaran ditembak oleh dron āKarrarā itu berkemampuan terbang pada altitude tinggi dan memiliki Radar Cross Section (RCS) yang amat rendah, menunjukkan kemampuan dron itu untuk terbang pada altitud yang tinggi serta mengesan sasaran yang hampir halimunan.
Terdapat juga laporan mengatakan Iran telah mengeksport dron berkuasa jet āKarrarā itu ke Lubnan sejak 2014 dan terdapat kemungkinan dron berkuasa jet itu akan digunakan oleh pejuang Hezbollah bagi menentang pencerohohan tentera Israel pada masa terdekat ini. — DSA
DEFENCEĀ Ā SECURITY ASIA APPS
To advertise contact: [email protected]
Comments are closed.