Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Peronda KD Sri Sabah, KD Sri Sarawak Bakal Buat Kemunculan Selepas Refit

Apabila diterima dalam tempoh terdekat ini, kedua-dua kapal peronda tersebut akan ditauliah serta dinamakan KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK.

0 6,466

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob hari ini melaksanakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan akhir projek refit dua buah Kapal Ronda (Patrol Craft – PC) TLDM di MSET Corporation Sdn Bhd di Pulau Kambing, Terengganu.

Salah sebuah kapal peronda itu telah selesai menjalani Ujian Penerimaan Di Laut (Sea Acceptance Trial – SAT). 

Apabila diterima dalam tempoh terdekat ini, kedua-dua kapal peronda tersebut akan ditauliah serta dinamakan KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK.

KD Perkasa
KD Perkasa selepas OP (kredit TLDM)

 

 Selain itu, lawatan kerja Panglima TLDM turut meninjau status dan kemajuan Obsolescence Program (OP) KD GANYANG atau lebih dikenali sebagi OP KD GANYANG. 

Inisiatif lawatan kerja ulung ini melakar sejarah iaitu Panglima Tentera Laut pertama melawat Limbungan MSET Corporation sejak limbungan tersebut ditubuhkan pada tahun 1966.

 Justeru, lawatan kerja ini adalah amat bermakna bagi memperkasa industri pertahanan maritim tempatan dan juga adalah manifestasi sokongan berterusan TLDM terhadap kelangsungan limbungan tempatan. 

Warga TLDM wajar berbangga dengan inisiatif “makeover” kedua-dua kapal peronda tersebut, di mana apabila memasuki inventori Armada TLDM kelak, ianya dapat mendokong keperluan operasi yang semakin meningkat.

Obsolescence Program (OP) KD PERKASA telah melakar sejarah sebagai program unik, pertama kali dilaksanakan di negara ini.

Unik disebabkan aktiviti OP seolah-olah membuat sebuah kapal baharu mengguna kembali sebahagian kecil peralatan legasi.

Ganyang
KD Ganyang sebelum OP.

 

OP merupakan inisiatif terkini cetusan idea warga Navy People iaitu kapal dilaksanakan projek senggaraan in-lieu kepada refit, tetapi melibatkan penukaran secara total badan kapal (re-hull), sistem kuasagerak, penjanaan tenaga elektrik, sistem distribusi elektrik, hotel services” serta konfigurasi semula General Arrangement (GA).

Hanya peralatan yang tidak usang akan di salvage, diselenggara dan dipasang semula di hull yang baharu. 

OP KD PERKASA ini boleh dianggap “breakthrough”, inovasi luar kotak yang berhasrat mengubah persepsi terhadap tatacara pelaksanaan selenggaraan berjadual kapal TLDM di limbungan.

Ini kerana secara tradisinya, kapal akan menjalani selenggaraan berjadual refit apabila tiba rutinnya. 

Namun disebabkan tiga faktor utama iaitu best value for money, memastikan jangka hayat aset lebih panjang dan Belanja Mengurus (Operating Expenditure – OE) akan datang tidak membebankan kerajaan, maka pendekatan alternatif yakni OP telah dilancarkan.

OP KD PERKASA ini membuktikan bahawa:

  1. Limbungan tempatan berkeupayaan penuh untuk membina kapal bersaiz kurang dari 80 meter tanpa perlu bantuan pihak luar negara, kecuali full-fledged sistem kombat. 
  2. Terdapat beberapa design-house tempatan yang mampu merekabentuk kapal dengan baik, khususnya kapal jenis non-combatant.
  3. Rekabentuk in-house membolehkan lebih banyak produk pribumi (indigenous product) serta bahan tempatan yang type approved digunapakai,  berbanding jika menggunakan rekabentuk limbungan luar negara yang dikesan menetapkan syarat yang ketat.
  4. Kos perolehan tanpa sistem kombat bagi sebuah kapal berdasarkan rekabentuk rakyat Malaysia dan dibina oleh limbungan tempatan adalah lebih kompetitif iaitu lebih kurang.

— DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...